Bandar Kamagasaki tidak wujud di dalam peta Jepun? Ini disebabkan terlalu ramai gelandangan di bandar itu.
Bayangkan dalam 2 km radius terdapat 30,000 gelandangan di bandar Kamagasaki menjadi kawasan itu bertukar menjadi setinggan yang kebanyakannya gelandangan dalam kalangan orang tua.
Ekoran itu kehadiran gelandangan yang ramai menjadikan Kamagasaki terkenal dengan imej tak berapa bagus iaitu sebagai kawasan setinggan paling besar di Jepun.
Ramai sedia maklum, Jepun merupakan salah satu negara maju yang mendapat perhatian ramai dari segenap pelusuk dunia kerana mempunyai pusat-pusat pelancongan yang menarik perhatian menjadikan Jepun sebagai destinasi pelancongan ramai orang, dipetik Siakapkeli.
Berdasarkan pemerhatian, banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sama ada tempat-tempat yang berunsurkan alam semula jadi hinggalah teknologi moden dan sejarah. Selain mempunyai empat musim, salah satu tarikan lain Jepun adalah bunga sakura yang akan mekar pada musim bunga.
Namun, sebenarnya salah sebuah bandar yang ada di Jepun tidak wujud dalam peta dunia. Menerusi perkongsian wanita Malaysia yang menetap di Jepun, Zunita Ramli, dia jelaskan sebab dan sejarah kenapa bandar tersebut tidak wujud di dalam peta.
Kamagasaki sebenarnya adalah nama lama bagi Airin-chiku (あいりん地区) yang menjadi nama rasmi kawasan tersebut sejak May 1966.
Sebenarnya kalau Google nama “Kamagasaki”, ada je dalam peta cuma ianya sekadar pin sahaja, sebab kawasan ni dah ditukar ke nama baru iaitu Airin-chiku.
Tapi kenapa kawasan tersebut tak ada dalam peta? Well, let’s make the long story short.
Dulu sebelum tahun 1912, kawasan di selatan Osaka ni ingin dibangunkan sebagai Shinsekai atau “New World”. Osaka masa tu nak bersaing dengan bandar lain di Jepun macam Tokyo la lebih kurang. Jadi banyak bangunan pencakar langit dibina dan situasi ni menyebabkan banyak peluang pekerjaan ditawarkan.
Jadi ramai la orang dari kelas bawahan masa pemerintahan Meiji datang cari kerja dekat sini. Limpahan pekerja dari latar belakang petani, buruh dan sebagainya datang ke sini. Tapi lepas projek mega Shinsekai tamat, ramai pekerja tak pulang ke tempat asal sebaliknya terus tinggal untuk cari kerja lain di situ.
Lama-lama, Kamagasaki ni jadi kawasan setinggan sebab terlalu ramai homeless tinggal dekat situ. Bayangkan setiap 2 km radius, terdapat kira-kira 30,000 orang homeless, yang kebanyakannya adalah orang tua. Jadi benda ni menjadikan Kamagasaki terkenal dengan imej tak berapa bagus iaitu sebagai kawasan setinggan paling besar di Jepun.
Menjadikan imej lebih buruk, kawasan ni memang banyak kes jenayah dan ianya dikatakan dijaga oleh Yakuza. Jadi tak hairanlah kalau orang Jepun lokal memang elak untuk pergi ke kawasan sini atas faktor keselamatan. Kanak-kanak dan orang perempuan pun biasa tak ada dekat sini.
Salah satu kes rusuhan antara yang besar juga adalah pada tahun 1961, iaitu antara 2,000 penghuni Kamagasaki dengan 6,000 orang polis. Ianya bermula dengan satu kemalangan yang menyebabkan seorang warga Kamagasaki meninggal dunia, tapi polis dekat situ tak panggil ambulans. Ni menyebabkan rasa tak puas hati orang Kamagasaki dan menyebabkan rusuhan berlaku.
Kereta polis diterbalikkan, bangunan dibakar dan sebagainya. Polis ambil masa 2 hari untuk kawal rusuhan ni dan akhirnya 28 orang perusuh ditahan di mana 10 orang perusuh dan 100 orang polis cedera dalam kejadian tu.
Lepas peristiwa tu banyak lagi peristiwa rusuhan lain yang berlaku. Benda ni menjadikan kerajaan Osaka malu nak mengaku ada kawasan “hitam” dalam wilayah dia menjadikan kerajaan Osaka tukar nama Kamagasaki kepada Airin-chiku pada tahun 1966. Itulah asalnya kenapa dikatakan Kamagasaki tak ada dalam peta.
Baca juga: https://malaysiadateline.com/daftar-i-akaun-memudahkan-pengeluaran-rm10000-kwsp-anda-ini-caranya/