Malaysia Dateline

Kenapa banyak negara gagal pantas tangani pandemik?

Sekiranya wabak SARS Cov II, yang menyebabkan penyakit Covid-19, diimbas balik 100 tahun kemudian oleh sejarawan dan semua sarjana epidemologi, tanda tanya yang terbesar ialah betapa lambatnya kesemua menangani wabak ini?

Biarpun China, Taiwan, Korea Selatan dan Hong Kong disanjung sebagai negara barisan pertama yang “meratakan” kes-kes Covid-19 sebenarnya cara mereka menyahut amaran pandemik masih boleh dipercepatkan lagi memandangkan pengalaman mereka dengan SARS, MESARS, H5N1 (Swine Flu) atau lain-lain penyakit zoonotik.

Sekiranya optik yang sama digunakan ke atas negara-negara Barat, biarpun Latin America ataupun Afrika, cara mereka menentang Covid-19 masih ternampaknya seperti berselerak dan tidak sistematik dan berpacukan “reaksi yang terpantas” (rapid first reaction).

Ironis, alah satu sebab terpenting mungkin berasal dari “penjarakan sosial” (social distancing) yang sememangnya telah begitu jauh antara pihak pemerintah dan yang diperintah; terutamanya dalam isu-isu yang berkenaan dengan berapa merbahayanya pandemik yang berjenis zoonotik.

Di alam semesta di seluruh dunia, memang terdapat sekurang-kurangnya 1.5 juta virus yang berada di dalam pelbagai binatang, tidak kira kelawar, itik, ayam, unta, pangolin, ular, atau pun kera serta juga babi. Pokoknya, virus zoonotik di dalam dunia haiwan memang tidak ada titik noktah langsung sekali.

Malah, penyakit anjing babi (iaitu, rabbies) sahaja cukup memeningkan para saintis. Sesiapa yang terkena wabak ini, melalui transmisi air liur yang terjangkit, atau pun yang belum divaksinkan, kadar kematiannya ialah 100 peratus, berbanding dengan Sars Cov II yang masih mencecah di antara tiga hingga tujuh peratus.

Tanpa dialog yang boleh mencernakan pemikiran masyarakat mengenai bahayanya pandemik, atau epidemik, yang bersifat zoonotik dunia sejagat akan terperangkap dalam keadaan di mana pihak kerajaan dan warganegaranya, tidak akan bersedia untuk mengalahkan wabak sebegini dengan pantas dan jitu.

Malah, penyakit Covid-19 memang mengalu-alukan reaksi yang terpantas. Sekiranya “testing” atau pemeriksaan yang harus dilakukan dengan skala yang besar-besaran, intinya masih betapa cepat atau tepatnya sistem pemeriksaan itu.

Margin kesalahan (margin of error), dalam erti kata lain, harus selalunya kosong. Kalau tidak, penyebaran wabak ini, biar dari pasar borong daging-daging haiwan, atau makmal biologi, secara tidak sengaja, masih akan melumpuhkan seluruh aktiviti ekonomi.

Manusia sejagat harus ingat bahawa bukan manusia sahaja yang menetap di bumi ini. Malah virus, bakteria, dan fungi, yang juga berada di dunia kita; mungkin jauh lebih lama dari kita.

Manusia tidak harus berasa angkuh, dan menodai alam binatang atau semesta dengan sesuka hatinya. Akibat dari sikap endah tidak endah serta gelojoh ini mungkin titik permulaan kiamat besar atau pun kecil.