Baru-baru ini Maybank telah menandatangani perjanjian dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk penyewaan bagi memindahkan ibu pejabat korporatnya dari Menara Maybank di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur ke Menara Merdeka 118.
Perjanjian itu bagi tempoh permulaan tiga tahun dan pembaharuan untuk enam penggal lagi selama tiga tahun setiap penggal, yang keseluruhannya berjumlah 21 tahun, di bangunan kedua tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara.
Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, keputusan strategik untuk memindahkan ibu pejabatnya dibuat berikutan pertimbangan yang teliti dan terperinci mengenai keperluan operasi masa depannya.
Namun, langkah Maybank itu telah menimbulkan polemik dalam kalangan ramai bahkan ada yang mempertikaikan tindakan bank itu.
Seorang jurutera Khaled Nordin mempunyai jawapan yang rasional mengapa Maybank bertindak sedemikian, ini ulasannya;
Dah mula nampak ada orang yang cuba mempertikaikan tindakan Maybank menyewa bangunan PNB 118 sebanyak 33 tingkat.
Sebagai seorang jurutera yang bekerja dengan salah satu firma kejuruteraan dalam projek ini. Saya terpanggil untuk menjawab hujahan-hujahan seperti ini untuk menjaga kepentingan projek dan juga Clients saya.
Hujahan mereka adalah keluasan Menara Maybank lebih luas iaitu 1 million sqft berbanding 33 tingkat Menara PNB 118 iaitu 650k sqft.
Untuk pengetahuan, banyak syarikat gergasi terutamanya di luar negara mengejar penarafan sustainability. Boleh rujuk top 100 Green Companies, Sustainable Company.
Antara kriteria yang diambil kira adalah pejabat sesuatu syarikat. PNB118 adalah menara pertama yang akan menerima penarafan ’Triple Green Platinum Ratings’ oleh Green Building Index (GBI), Green Real Estate (GreenRE) dan Leadership in Energy and Environmental Design (LEED).
Penarafan platinum ini adalah penarafan tertinggi untuk ketiga-tiga badan tadi. Ini bermaksud Menara PNB 118 mengurangkan pelepasan karbon daripada aspek ‘embodied carbon’ dan ‘operational carbon’.
Dari permulaan pembinaan sehinggalah bangunan ini beroperasi, bangunan ini mampu beroperasi dengan mengguna tenaga secara effisien.
Antara kriteria penting dalam menilai kelestarian sesuatu bangunan adalah penggunaan elektrik, pencahayaan, penggunaan air, pengurusan pembinaan, bahan mentah binaan dan banyak lagi.
Ini adalah usaha syarikat gergasi di seluruh dunia termasuk Maybank dan PNB untuk menyahut misi Carbon Net Zero 2050 oleh International Energy Agency (IEA), United Nation dan organisasi antarabangsa yang lain.
Ini adalah trend terkini dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan supaya kita semua mampu menjaga bumi kita daripada perubahan iklim yang drastik.
Maybank dan PNB adalah syarikat yang berani mengambil inisiatif ini demi kemaslahatan penduduk di Bumi dan Malaysia.
“Tulisan ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana pihak dalam mengeluarkan pandangan ini,” katanya.
Rata-rata netizen memberi komentar yang positif serta bersetuju dengan pandangan beliau.
Baca juga: 27 kerusi kritikal: Umno wajar tutup pintu rundingan dengan Pas nekad bertanding walau 3 penjuru
Baca juga: Netizen sebak dengar anak arwah Abam panggil “ayah”