Kenapa kerajaan bertindak gila pertahan Azam Baki?

Oleh BORHAN AHMAD

Sudah pasti seperti ada yang tak kena dalam Negara kita.. Kerajaan telah bertindak berlebihan dalam kes Azam Baki..Kenapa nampak kerajaan begitu terdesak?

Polis memohon satu perintah Mahkamah, dan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan perintah larangan perhimpunan sekitar Kompleks Sogo, Masjid Jamek dan Dataran Merdeka di sini, berkuat kuasa selama tujuh hari..

Tidak cukup menutup dan buat sekatan di 80 kawasan sekitar Ibu Kota.. Semua perkhidmatan MRT dan LRT ditutup sekitar Ibu Kota.. Malam kelmarin difahamkan dari satu laporan, Naib Presiden Muda ditahan di Restoran Amjal..

Zaman PH, Hampir setiap Bulan kelompok Ashabiyah Umno Pas buat himpunan, siap main sentimen kaum.. Tidak dihalang..

Apakah hanya anjuran Solidariti anak muda dikalangan mereka pun dihalang dalam keadaan tedesak.. Apa jadi pada Negara kita?

Dalam keadaan kita ada seorang PM yang belum disahkan majoriti di Parlimen..Yang tidak ada sokongan kukuh dah berani merobek sistem keadilan dalam negara kita..

Apa akan jadi jika mereka memerintah kukuh Esok..Habis orang seperti Azam Baki memenuhi setiap agensi kerajaan..

Mereka akan ditekan semahunya..saksi dan pegawai kerajaan akan diganggu dalam proses mahkamah..?

Belum pun Umno ada kuasa penuh dah salah guna kuasa.. Bayangkan apakah bakal kita hadapi dalam PRU 15 nanti nanti guna seluruh kekuatan dan jentera kerajaan..

Nampak kah kita wajah jahat Umno yang gila mempertahankan kuasa ?

Seperti kata Ahli falsafah Rom Marcus Tullius Cicero

“The closer the collapse of the Empire, the crazier its laws are.”