Kenapa lelaki Bangladesh suka pegang tangan masa berjalan ya? Mari kita terjah tanya

Oleh KIM SYAZIE

Berpegangan tangan antara dua lelaki merupakan fenomena yang biasa kita lihat dalam kalangan warganegara asing khususnya Bangladesh.

Bukanlah pasangan ‘kunyit’ seperti yang dijangka, inilah punca sebenar mengapa budaya ini diterapkan di negara mereka.

Persoalan itu dibongkarkan oleh seorang jurugambar dan sukarelawan terkenal, Saiful Nang yang bertanya sendiri kepada masyarakat Bangladesh.

Lelaki Bangladesh itu menjawab, berpegangan tangan adalah ‘bahasa’ yang digunakan untuk meluahkan rasa kasih sayang sesama manusia.

Menurutnya, individu yang menganggap bahawa sesama jantina tidak boleh berpegangan tangan mungkin telah dicemari dengan fahaman songsang.

Contohnya, seorang anak yang sering memimpin tangan bapanya ketika masih kecil mungkin tidak mahu lagi melakukannya ketika sudah besar.

Takut dituduh sebagai pasangan gay oleh orang ramai, hubungan sang anak dan bapa tidak lagi mesra seperti dahulu.

“Kami sayang sahabat kami seperti mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka seperti mana kamu buat atas dasar kasih sayang, begitu juga saya. 

“Cuma minda kami tidak tercemar dengan persepsi yang kata kami gay,” kata lelaki Bangladesh itu.

Setelah membaca sendiri jawapan lelaki berhidung mancung, mungkinkah persepsi berpegangan tangan sesama lelaki bakal berubah?

Baca juga: Mengejutkan! Ini yang akan jadi jika anda berhenti makan roti selama 14 hari