Kenapa Liew Chin Tong tidak harus diragui

Liew Chin Tong SPAD

Sebagai Senator dan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong telah menunjukkan betapa pentingnya untuk terus berkhidmat untuk negara.

Liew Chin Tong adalah seorang patriot. Mungkin pertuturan Bahasa Malaysia-nya masih terbawa bawa dengan loghat Cina, tetapi dia seorang yang tidak segan untuk menggunakan Bahasa Malaysia dengan secara spontan, ataupun menurut situasi formal yang sewajarnya.

Misalnya di parlimen. Walaupun baru, tapi Liew Chin Tong dan rakan-rakan sebayanya di DAP, cuba lagi cuba, untuk menguasai bahasa ini. Bak kata perpatah Melayu klasik: ingin seribu daya, tidak ingin seribu dalih.

Begitulah rupanya Liew Chin Tong. Seorang mantan Wakil Rakyat Bukit Bendera, Penang dan Kluang Johor yang mempunyai etika kerja yang amat kuat sekali.

Kini sebagai seorang Senator dan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong telah menunjukkan betapa pentingnya untuk terus berkhidmat untuk negara.

Dalam konteks ini, peranannya tidak harus diragui sama sekali; apatah lagi di Kementerian Pertahanan yang merupakan benteng dan kubu Malaysia yang pertama.

Apatah lagi ini merupakan janji Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Abang Mat yang kini telah menjadi Menteri Pertahanan. Menurut Abang Mat, sekiranya Pakatan Harapan tidak boleh berfungsi, maka rakyat jelata memang berhak untuk memberhentikan perkhidmatan sesiapa pun.

Sejak berada di parlimen pada tahun 2008 lagi, sehingga lah 2018, Liew Chin Tong memang tidak pandai dalam teknik-teknik bertikai lidah.

Tetapi, seboleh bolehnya, Chin Tong masih berdebat dengan ahli ahli parlimen yang jauh lebih hebat, dan lebih berpengalaman, dalam soal soal polisi.

Terutamanya pembelajawan Jabatan Perdana Menteri yang terus berkembang tanpa berhenti henti; sedangkan habuan dan khidmat yang diberikan kepada kaum Bumiputera cuma sedikit sahaja.

Malah, di antara berbilion billion ringgit yang diagihkan kepada seluruh negara, sebanyak 1/4 dari pembelajawan pembangunan negara (national development budget) pula harus diketepikan kepada Jabatan Perdana Menteri.

Liew Chin Tong telah memberi amaran sejak dulu lagi. Bahawa pembelajaan yang kian membesar akan menghakiskan hak hak ekonomi rakyat jelata.

Perkara ini telah terjelma dalam GST sehingga polisi GST ini terpaksa diperbehentikan sama sekali. Liew Chin Tong mungkin belum arif tentang platform persenjataan. Tetapi polisi Malaysia terhadap China dan Laut China Selatan telahpun didalami.

Dengan penguasaan Bahasa Mandarin-nya yang bermutu tinggi, serta canggih, posisi Malaysia, terutamanya dasar Dr Mahathir, boleh diterangkan kepada pihak pertahanan di Beijing.

Mat Sabu juga bencikan perlumbaan ketenteraan yang sia-sia. Dengan Liew Chin Tong sebagai timbalan, banyak perselisihan faham di antara China dan ASEAN boleh dilonggarkan, malah dihapuskan sama sekali, supaya perhubungan dua hala tidak akan terus menjadi tegang.

Liew Chin Tong harus ditabik berdasarkan titik peluhnya untuk membenteras korupsi, bukan sahaja di Putrajaya, malah seluruh negara. Politik Liew Chin Tong dan DAP, dengan AMANAH, boleh membawa Kementerian Pertahanan ke mercu kejayaan.

*Phar Kim Beng pernah menjadi pensyarah kanan dalam bidang perhubungan antarabangsa dan sejarah di Harvard University. Dia pernah menjadi sarjana ekonomi dan teori strategik di University of Cambridge.

 

COMMENTS

Wordpress (0)