Malaysia Dateline

Kenapa Malaysia tersenarai negara paling ‘stress’ untuk memandu? Ini puncanya…

Kenapa Malaysia tersenarai negara paling ‘stress’ untuk memandu? Ini puncanya. Dalam tinjauan yang dikeluarkan oleh portal Confused.com mendapati bahawa Malaysia merupakan antara negara yang paling tertekan untuk memandu kereta.

Kajian itu dijalankan berdasarkan pelbagai faktor yang berbeza seperti kualiti jalan raya, tahap kesesakan dan kemalangan di jalan raya.

Setiap 48 negara yang dianalisis diberikan skor wajaran keseluruhan iaitu daripada 100 untuk mendedahkan negara mana yang paling tertekan untuk memandu.

Hasil analisis itu mendapati bahawa Malaysia menduduki tangga ke-8 dengan skor pemanduan tertekan sebanyak 72.

Manakala, bagi kualiti infrastruktur jalan raya, Malaysia mendapat 72.4, selain 22.93 untuk kategori kemalangan maut bagi setiap 100,000 penduduk.

Kenapa Malaysia tersenarai negara paling 'stress' untuk memandu? Ini puncanya...
Kualiti jalan raya antara sebab Malaysia tersenarai dalam negara paling stress untuk memandu

Bilangan kereta setiap km jalan pula adalah 91.5 kenderaan dengan purata satu kamera kelajuan untuk setiap 995.88 km.

Berbeza dengan Singapura, negara itu berada di tangga ke-17 dengan skor pemanduan yang tertekan sebanyak 63.

Kemalangan maut di negara itu pula hanyalah 2.51 bagi setiap 100,000 penduduk.

Sementara itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tangga pertama bagi negara yang paling tertekan untuk memandu.

Walaupun negara itu dilihat mempunyai infrastuktur jalan raya yang baik, namun pengalaman pemanduan di sana tidak seperti yang dibayangkan.

Berdasarkan tinjauan itu, UAE mendapat sebanyak 88 daripada jumlah keseluruhan 100 bagi skor pemanduan yang tertekan.

Ia juga merekodkan jumlah kemalangan maut tertinggi bagi setiap penduduk iaitu sebanyak 2724.33, menjadikannya negara yang paling tertekan untuk memandu.

Dalam pada itu, tiga negara paling tidak tertekan untuk memandu iaitu Denmark, Jepun dan Finland

Masing-masing dengan markah di bawah 28 daripada 100 dan ketiga-tiganya mendapat skor yang rendah untuk kemalangan maut dengan hanya melaporkan di bawah 4 kemalangan bagi setiap 100,000 penduduk.

Manakala, Eropah mendominasi 10 negara teratas yang paling kurang tekanan untuk memandu, dengan sembilan negara dari benua itu semuanya mendapat markah kurang daripada 40/100 untuk faktor pemanduan yang tertekan.

Bagi faktor kualiti jalan raya pula, Zimbabwe mendapat markah yang paling teruk iaitu hanya 30.6 daripada 100.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/peniaga-ayam-dikompaun-rm500-siapa-yang-salah-pemborong-pembekal-atau-peniaga/