Kenapa nak ambil pekerja Melayu? Cikgu Mandarin sekolahkan netizen persoal iklan kerja restoran Non-Halal

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki bertindak mempersoal ketiadaan bahasa Melayu dalam satu iklan pekerjaan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Iklan tersebut berjaya menyita perhatian rakyat Malaysia kerana ada yang berperdapat bahawa gaji yang ditawarkan sangat lumayan.

Bayangkan, restoran makanan Cina yang tidak didedahkan lokasi itu menawarkan gaji sebanyak RM3,000 bagi tugas mencuci pinggan.

Lain orang, lain pendapat, lelaki itu malah tidak berpuas hati kerana iklan itu dicetak dalam bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris sahaja.

Katanya, istilah Bahasa Kebangsaan yang diperkenalkan kerajaan bagi memupuk penggunaan bahasa Melayu menjadi sia-sia.

“Secara tidak langsung orang akan fikir bahasa Melayu tak penting pun, kerja nanti lagi perlukan English dan Mandarin,” ciapnya di Twitter.

Niat untuk menjernihkan keadaan, seorang guru Mandarin yang juga merupakan lelaki Melayu kacukan cina tampil mempertahankan iklan itu.

Menurutnya, tiada keperluan untuk mencetak iklan dalam bahasa Melayu kerana restoran itu tidak berstatus halal dan dimiliki oleh warganegara China.

Oleh yang demikian, pemilik restoran mungkin tidak berniat untuk menggaji pekerja berbangsa Melayu yang beragama Islam.

“Restoran non-halal, siap jual ARAK lagi, kenapa nak ambil pekerja Melayu? Takkan nak pekerja melayu hidang makanan tak halal dan arak?.

“Kita rakyat Malaysia yang perlu pentingkan bahasa Melayu dan naikkan martabatnya bersama,” ujar cikgu yang merupakan pemilik akaun @mandarinjer.

Baca juga: Sayu lihat bapa hantar anak jalan kaki 2km, guru kelas hadiahkan motorsikal