Malaysia Dateline

Kenapa Parlimen kena lanjutkan pemakaian Seksyen 4 (5) Akta SOSMA?

Pada minggu terakhir sidang Parlimen ( 22-24 Mac ), Gomen Tebuk Atap juga ada membentangkan usul berkaitan SOSMA.

Melalui YB Menteri Dalam Negeri, Gomen Tebuk Atap memohon untuk Parlimen sekali lagi melanjutkan (extend) pemakaian seksyen 4 ( 5 ) Akta Sosma 2012.

Sebelum saya kongsi, antara lain, isi perbahasan saya mengenai usul itu, sesiapa yang berminat untuk tahu mengapa PH plus membantah usul itu, anda bolehlah membaca artikel yang saya tulis di Malaysiakini bertajuk ” Why we opposed the extension of section 4 ( 5 ) of Sosma ?. Maaf saya tulis dlm bahasa inggeris.

Beberapa orang Ahli Parlimen dari Parti AMANAH termasuk saya berpeluang untuk berbahas walaupun hanya diberikan hanya 5 minit sahaja.

Semua MP PH membantah usul tersebut.

Apakah usul tersebut?

Mudahnya, usul itu adalah bagi melanjutkan lagi pemakaian seksyen 4 ( 5 ) Akta Sosma itu.

Apakah seksyen 4 ( 5 ) itu ?

Maaf, saya kena hurai sikit ya. Berdasarkan seksyen 4 ( 4 ), pihak polis boleh tangkap para suspek jenayah di bawah Akta Sosma dan menahan suspek itu selama 24 jam bagi tujuan penyiasatan.

Jika polis tak boleh selesaikan penyiasatan itu dalam tempoh tersebut, depa boleh terus menahan suspek selama 28 hari lagi atas alasan kononnya siasatan depa belum selesai. Ehemm..

Kuasa untuk menahan lanjut suspek selama 28 hari itu diberikan kepada polis di bawah seksyen 4 ( 5 ) Akta Sosma itu.

Mungkin ada yang bertanya bukankah jika polis nak tahan lanjut suspek, depa kena dapatkan perintah dari mahkamah?

Ya, benar itu yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tapi, di bawah Akta SOSMA, perlindungan di bawah undang-undang tertinggi negara ini -Perlembagaan Persekutuan- kelihatannya macam tidak berguna atau tidak berfaedah sama sekali!

Orang putih habaq ” Sosma trumps Federal Constutution !”

Ya, Sosma nampaknya macam lebih tinggi dari Perlembagaan walaupun Menteri Dalam Negeri dan semua MP telah angkat sumpah untuk membela, menghormati dan mempertahankan ketinggian Perlembagaan Persekutuan! Temberangkan?

Ada yang tanya ” YB kenapa Parlimen kena lanjutkan pemakaian seksyen 4 ( 5 ) Akta Sosma itu ?”

Jawabnya, kerana di bawah seksyen 4 ( 11 ) SOSMA, tempoh hayat seksyen 4 ( 5 ) itu hanya 5 tahun sahaja. Tok loya habaq seksyen ini ada “sunset clause” !

Jika polis nak terus menikmati seksyen 4 ( 5 ) itu, depa perlu dapat restu dan izin Parlimen !

…maaf sambung esok ya.

والله اعلم.