Malaysia Dateline

Harussani Zakaria

Kenapa perlu ikut peraturan alam membelakangi hukum Islam, soal Harussani

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan umat Islam agar tidak terlalu mengikut peraturan alam hingga membelakangkan apa digariskan sebagai hukum Islam.

Beliau berkata, tindakan berkenaan, apatah lagi sekiranya dilakukan dan disokong umat Islam, hanya memperlihatkan kelemahan agama sendiri.

“Hukum Islam dijadikan Allah swt sebagai tanda kita beriman, jadi kenapa kita nak ikut sangat peraturan alam, yang patut dipatuhi adalah hukum Islam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas keputusan mahkamah rayuan yang membenarkan seorang anak luar nikah daripada pasangan beragama Islam untuk berbinkan nama bapanya.

Keputusan itu dicapai panel tiga hakim ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan ibu bapanya.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dalam keputusan penting setebal 29 muka surat berkata, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.

Sementara itu, Harussani berkata, keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini menetapkan hanya anak yang lahir selepas enam bulan dua lahzah sahaja boleh dibinkan kepada bapa.

Menurutnya, apa diputuskan Majlis Fatwa itu selari dengan syariat Islam yang diguna pakai di setiap negeri sebagai undang-undang Islam.

“Islam agama negara, jadi undang-undang Islam perlu diikuti, lebih-lebih lagi apabila kes berkenaan membabitkan orang Islam,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya keputusan mahkamah berkenaan dikekalkan, ia akan terus dijadikan rujukan untuk kes sama akan datang.

Perkara itu katanya, secara tidak langsung akan melibatkan hukum-hukum agama dalam hal lain pula seperti pembahagian harta pusaka, wali ketika mahu bernikah, nasab dan lain-lain lagi.

“Apabila hukum Islam mengatakan ia tak sah, tak bolehlah kita mengesahkannya pula, masih ada masa untuk diubah,” katan