Kenapa sambut Deepavali kena bakar mercun?

Oleh NASUHA RAHMAN

Malam tadi, bunyi bising orang bakar mercun sambut Deepavali. Sasi, jiran aku tak bakar depan rumah sebab dia ada anak kecil…jadi dia bakar dekat padang kanak-kanak. Aku pun join sama sebab nak tahu pasal apa mereka bakar mercun. Raya Cina bakar mercun, raya Hindu bakar mercun. Raya Islam paling ‘best’ bakar meriam buluh! Semuanya menghasilkan bunyi yang kuat. Tapi apa signifikan bunyi dengan perayaan?

Bila mereka habis bakar mercun, aku dengan Sasi duduk sembang di buaian kanak-kanak.

“Saya kena sebut Deepavali atau Diwali?’ aku tanya Sasi.

“Deepavali”, kata Sasi.

“Sebab saya Tamil, bang. Kalau abang jumpa Amitabh Bachan, abang boleh sebut Diwali sebab dia Hindi. Abang cakap Diwali sama saya, lepas tu cakap Tamil, tak ngam la”.

“Pasal apa dia orang sebut Diwali, you orang sebut Deepavali?” aku tanya.

“Ini macam, bang. Hindi punya bahasa suka potong-potong perkataan jadi pendek. Shiva jadi Shiv. Rama jadi Ram. Krishna jadi Krsna. Deepavali jadi Diwali. Tapi, itu bukan masalahlah. Cuma bila jadi terlalu pendek, dia punya makna sudah lain. Tujuan sudah lain. Dan cara kita celebrate pun sudah jadi lain,” Sasi explained.

“Contoh dia?” aku tanya.

“Deepavali kita celebrate lima hari, bang. Hari ni kita start (2/11). Kalau ikut kalendar Hindu, hari ini bersamaan 13 Kartika 2078. Kartika sama dengan bulan 8 dalam kalendar Hindu. Esok (3/11) sudah start musim sejuk, terutama di utara India.

“Wait, kalendar Tamil dengan Kalendar Hindu tak sama ka?” Aku tanya lagi.

“Tarak sama, Bang. Kalendar Tamil lagi lama, sudah 5000 tahun lebih”, jawab Sasi.

“Hari ni, kita celebrate Dhanvantri Trayodashi. Dewa Dhanvantri adalah Dewa kesihatan. Dia yang membawa Ayurveda kebumi. Trayodashi bermakna Hari Ketiga belas. Tapi orang sudah pendekkan Dhanvantri Trayodashi jadi Dhanteras.

“Dhan” bermakna kekayaan, bukan kesihatan. Trayodashi jadi Teras. Mula-mula, orang cakap kesihatan pun kekayaan, tapi sekarang, kekayaan duit saja, kesihatan lebih penting dari duit. Itu pasal kita celebrate Dhanvantri dulu.

“You see aa, bang. Mulai hari ini, perubahan cuaca mula berlaku. Dari panas jadi sejuk. Semua pokok dan binatang mula mendiamkan diri (hibernate). Kita semai biji pun, tarak tumbuh punya. Pokok-pokok dan binatang memperlahankan pertumbuhan dan pergerakan. Tapi manusia tak boleh duduk diam macam pokok dan binatang. Kita kena terus kerja untuk cari makan”.

“Itu sebab, Lord Dhanvantri kasi tau, kita kena aktif. Kalau boleh ini malam kita jangan tidur sebab esok susah mahu bangun. Jadi dia orang bakar mercun supaya orang tak tidur. So, semua perayaan ini dibuat untuk memastikan manusia boleh melepasi musim sejuk tanpa mendapat sakit.

“Esok baru kita celebrate Dewi Lakshmi. Ini Dewi kekayaan. Sekejap lagi, saya punya adik akan start bikin Kolam, mau sambut Lakshmi.

“Ini Kolam. kita guna beras. Tujuan dia untuk kasi makan burung dan serangga. Semut akan kutip dan bawa masuk kesarang dia. Burung akan kutip dan simpan disarang dia sebab musim sejuk akan datang. Kalau kita mahu hidup senang, kita kena bagi lain orang senang. The more you give, the more you get,” bicara Sasi.

Panjang lagi la sembang dia, dan ini first time aku dengar cerita tentang Deepavali dari perspektif berbeza. Yang aku tau, Deepavali ni hanyalah Festival of lights.

Hmmm…baru tahu. Anyway, happy Deepavali to all.