Malaysia Dateline

Kenapa taklimat Sulu di hotel, bukan di Parlimen? Rakyat hari-hari disuruh berjimat!

Langkah kerajaan mengadakan taklimat berkenaan Kesultanan Sulu di sebuah hotel dipersoalkan kerana ia bertentangan dengan gesaan kepada rakyat yang disuruh untuk berjimat di kala kos hidup semakin tinggi.

Tindakan kerajaan ini umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus, kata Pemuda AMANAH Perak.

Bangunan Parlimen yang sudah dinaik taraf sejak 2020 sepatutnya dimanfaatkan untuk taklimat atau perbincangan dalam kalangan Ahli Parlimen.

Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Perak Mohd Ikhmal Mohd Iskandar sangat tidak bersetuju dengan langkah kerajaan dalam mengadakan taklimat Sulu di sebuah hotel yang sudah tentu mengeluarkan kos tinggi.

Katanya, ironiya kerajaan baru sahaja mengeluarkan arahan penjimatan kepada semua sektor kerajaan apatah lagi gesaan kepada rakyat untuk berjimat tetapi kerajaan juga yang mengingkarinya dengan mengadakan taklimat berkenaan Sulu di luar Parlimen.

Kenapa taklimat Sulu di hotel, bukan di Parlimen? Rakyat disuruh berjimat!
Dua aset Petronas didakwa dirampas waris Kesultanan Sulu

Dalam hal ini, katanya kerajaan bukan sahaja terpaksa mengeluarkan kos untuk membayar sewaan hotel tetapi kerajaan juga perlu membayar kos-kos lain untuk membiayai taklimat ini.

“Apa rasional hotel dipilih untuk taklimat ini sedangkan di Parlimenlah tempat yang paling sesuai untuk berbincang tentang isu keselamatan khususnya taklimat tuntutan Sulu ini.

“Benarlah apa yang rakyat selalu rungutkan bahawa cakap ahli politik tidak boleh dipercayai seperti kata pepatah bagai ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus,” katanya.

Terdahulu Astro Awani melaporkan beberapa menteri termasuk Ahli Parlimen menghadiri taklimat berhubung tuntutan waris Kesultanan Sulu di sebuah hotel malam tadi.

Individu paling awal tiba ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilihat turut hadir.

Baca juga: Penasihat Syariah Kewangan Islam bongkar ‘scam’ pelaburan emas patuh syariah terbesar di Malaysia

Baca juga: 15 tahun bela ayam, petani terkejut jumpa anak ayam ada 4 kaki dan 2 punggung