Kenapa veteran ATM perlu tolak BN

Bekas tentera Malaysia perlu bangkit tolak BN.

 

Saya Mej Hj Mior Rosli TUDM Bersara ingin memperingatkan semua anggota Tentera Dan Veteran ATM supaya menolak Barisan Nasional dan mengundi Pakatan Harapan (mengunakan logo PKR) Di PRU 14 ini.

Saya akan ulas kenapa anggota Tentera dan Veteran ATM mesti menolak BN dalam beberapa Siri penerangan saya melalui penulisan. InsyaAllah jika Di izinkan saya akan beri ceramah di semua pentas kempen PRU yang mempunyai pengundi Tentera dan Veteran supaya mereka jelas dengan kedudukan ATM Dan Veteran sebenarnya.

SIRI PENERANGAN PERTAMA

SEMEJAK BARISAN NASIONAL MENJADI KERAJAAN TELAH MENJATUHKAN MARTABAT ANGKATAN TENTERA DARI KEDUDUKAN TERATAS DALAM SENARAI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA KEPADA KEDUDUKAN KEEMPAT.

Menurut Perkara 132 perlembagaan persekutuan, Angkatan Tentera adalah perkhidmatan awam yang terkanan sekali dari semua perkhidmatan awam di Malaysia. Tempat kedua adalah Badan Kehakiman dan Perundangan. Ketiga ialah Perkhidmatan Awam Am Dan keempat ialah Polis Diraja Malaysia.
Dengan susunan tersebut, maka susunan protokol sepatutnya hendaklah seperti berikut:
1. Panglima Angkatan Tentera
2. Ketua Hakim Negara
3. Ketua Setiausaha Negara
4. Polis Diraja Malaysia dan seterusnya.

Sejak merdeka hingga sekarang, Perkara 132 perlembagaan persekutuan ini tidak pernah di pinda, tetapi kerajaan Barisan Nasional (sejak dari Parti Perikatan lagi) telah cuba menjatuhkan martabat dan kedudukan ATM ini.

Pengkhianatan kerajaan BN terhadap Angkatan Tentera Malaysia dan penindasan, kezaliman dan penghinaan terhadap pegawai2 dang anggota2 LLP ATM dan juga kepada DYMM SPB YDP Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia mengikut Perkara 41 Perlembagaan Malaysia sejak 1963 lagi.

Bahawasanya kerajaan BN telah bertindak tanpa mengikut keluhuran Perlembagaan dan undang2 dan Negara kita yang tercinta telah perlekehkan ATM dan wira2nya dari kadet hingga jeneral, rekrut hingga pegawai waran, aperentis dan budak boy sekian lama sejak penubuhan Malaysia pada 16hb September 1963 hingga sekarang tanpa pembelaan.

Awal mula perbuatan khianat terhadap ATM ialah semasa Perjanjian pembentukan Persekutuan Malaysia pada 9hb Julai 1963 yg ditandatangani di London.Pada mesyuarat jemaah Kabinet pada bulan September dan Oktober 1963 Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Suruhanjaya Khas untuk menyemak tangga gaji sektor awam dibawah Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan. Angkatan Tentera Malaysia telah disisih tanpa mengikut undang2 dan sebab yg sahih.

Kerajaan BN dengan niat jahat terhadap ATM diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Tun Abdul Razak dan kuncu2nya dari kalangan pembesar2 MCS. Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan jemaah Kabinet juga tertipu dan diperbodohkan dengan perbuatan jahat Tun Razak ini.Inilah permulaan pengkhianatan terhadap ATM yg berterusan hingga sekarang.

Perdana Menteri Singapura Mr Lee Kuan Yew juga tertipu dan diperbodohkan dalam hal pengkhianatan ini semasa berada dalam Malaysia.Jemaah Kabinet, Parlimen Malaysia dan Wakil2 Rakyat pun diperbodoh dalam hal ini sejak tahun 1963 hingga sekarang.

YAB Tun Abdul Razak telah menipu dan mengkhianati ATM dari 1970 hingga 1976 dan juga membiarkan YAB Datuk Seri Najib terus menipu dan mengkhianati ATM.Tun Razak telah menggunakan kuasa menyemak tanggagaji sektor awam sebagai senjata licik untuk menjahanamkan maruah, martabat dan darjat ATM dimesyuarat Kabinet pada 11hb Julai 1972.

Tun Razak telah membentangkan lapuran Jawatankuasa Kabinet 1972 atau TSAR 1972 untuk menyemak tanggagaji pegawai2 ATM dgn menyatakan dgn menipu bahawa semua pegawai ATM dari Lt M hingga Jeneral menerima gaji expatriat Inggeris dan telah bertindak memotong gaji mereka sehingga 30% secara borong semua pangkat2 pegawai2 ATM. Ini adalah satu perbuatan khianat lagi menghina dan telah menjatuhkan maruah pegawai2 ATM bermula 1hb Ogos 1972 hingga sekarang. Gaji pegawai2 dipotong dgn jahat dan gaji untuk lain2 pangkat (LLP) sekadar hentak kaki sahaja.

ATM telah dikhianati dan dikembirikan dan telah mengecewakan kehendak Perkara 3 Wasiat Raja2 kerana ATM telah dikembirikan mutlak dan tidak lagi berupaya untuk menunaikan kewajiban Perkara 3 dan bolih memudharatkan kedaulatan, kesinambungan dan kewujudan institusi Raja Raja Melayu.

Sebenarnya kerajaan BN tidak mempertahan, melindung, mengekal Perlembagaan Persekutuan dan mencabul dengan serius Wasiat Raja Raja yg bolih mengakibatkan kemudharatan Raja Raja lain dan yg akan datang.

Akibatnya 403 pegawai2 ATM lain yg berpangkat Pegawai Kadet dan Midshipman pada 1hb Ogos 1972 telah diperalatkan untuk tujuan jahat ini dengan tidak berperikemanusiaan yg telah melebihi 45 tahun. Pegawai Kadet dan Midshipman telah ditafsir dgn niat jahat sebagai bukan pegawai dan telah menafikan hak untuk menerima skim gaji 1957 yg tinggi. Mereka ini telah ditempatkan dibawah skim gaji 1972 yg rendah dan haprak bermula 1hb Ogos 1972 setelah ditauliahkan. Pegawai2 ATM dari Lt Muda hingga Jeneral pada 1hb Ogos 1972 telah membiarkan kami dizalimi olih Tun Abdul Razak sehingga dia meninggal dunia pada 14hb Jan 1976.

Semua pegawai2 ATM dari kadet ke jeneral selepas 1hb Ogos 1972 adalah generasi produk penipuan Tun Abdul Razak yg telah diberi gaji kelas haprak 1972 yg berkekalan jika tidak diperbetulkan sekarang.

DS Najib Dan Menteri Pertahanannya telah mencabul sumpah jawatan Perdana Menteri dan Menteri kerana telah gagal mempertahan, melindung dan mengekalkan Perlembagaan Persekutuan. Mereka sebaliknya terus tekad dengan berniat jahat dan dengan sengaja terus melindung, mengekal dan mempertahan penipuan besar dan pengkhianatan Tun Razak terhadap ATM.
Kes ATM ini dibangkitkan pada 30-6-1982 di mesyuarat Jawatankuasa Kabinet yg dipengerusikan olih Tun Musa Hitam sebagai TPM setelah diarahkan olih PM Tun Dr Mahathir. Kes ini telah ditolak atas fakta menipu yg direka olih KSN, KSU Kementah dan Pengarah Besar JPA.

Walaupun perkara ini berasal dari Kabinet ianya tidak pernah dibawa ke Kabinet sejak 11-7-1972 untuk penyelesaian kerana mereka terus mahu menutup penipuan besar Tun Abdul Razak terhadap ATM dan menzalimi pegawai2 ATM dari kadet ke jeneral.Kali terakhir kes ATM/Mohicans dibangkitkan ialah bulan Oktober 2003 bila mana Menhan DS Najib berkomplot meminda status pegawai kadet balik kpd status pegawai bermula 1-1-2004 dengan cara tidak sah bertujuan untuk menggagalkan tindakan mahkamah tahun 2001-2003.

Adalah disyorkan DYMM SPB YDP Agong menggunakan kuasa mutlak baginda dibawah Perkara 41 Perlembagaan Malaysia dengan memerintahkan memanda Perdana Menteri selepas PRU 14 ini untuk membetulkan penipuan besar negara ini di mesyuarat Kabinet dan Dewan Rakyat dengan segera. Baginda juga disyorkan membentuk Suruhanjaya DiRaja khas untuk menyiasat kes pengkhianatan dan penipuan terhadap ATM ini.

Baginda juga mempunyai kuasa dibawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk perkara salahlaku mencabul Perlembagaan ini ke Mahkamah Persekutuan untuk penentuan serta keadilan terhadap ATM yg mana maruah dan harga diri mereka telah dipijak2 dan cedera parah kerana telah dizalimi dengan tidak berperkemanusiaan lebih 45 tahun tanpa pembelaan oleh mana2 pihak atasan.

Tuanku juga bolih menentukan Kerajaan tidak lagi menyalahgunakan kuasa dengan memperalatkan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman untuk terus melindung pengkhianatan terhadap ATM dan kezaliman dan penyeksaan terhadap pegawai2 ATM yg terlibat.

Tidak terhina kah sembilan Raja Raja Melayu yg menyandang pangkat2 kehormat ATM dlm pangkat2 Kolonel dan Jeneral membiarkan saja ATM diperkosa dan dihina lebih 45 tahun? Mana ada lagi kekuatan dan kehormatan tentera kita untuk Raja Raja Melayu berlindung dan bermegah jika terus menjadi mangsa penipuan dan pengkhianatan berkekalan.

Selagi ATM tidak menzahirkan sifat harimaunya selagi itulah ia dianggap sebagai anjing mainan yg bolih ditipu dulu, kini dan selama lamanya. Renung2 lah demi masa depan negara yg tercinta ini jika Kita mempunyai Angkatan Tentera Yang lemah.

Saudara2 anggota tentera Dan rakan2 Veteran sekelian. Tahun demi tahun martabat Angkatan Tentera Malaysia di perlekeh hinggakan sekarang KSU Kementah mengawal PAT. KSN lebih berkuasa sari PAT di Majlis Keselamatan Negara. Brigade commander dulu Yang menjadi ketua dalam Majlis Keselamatan Negeri, KP negeri hanya berpangkat ACP, sekarang KP negeri sudah mengatasi brigade commander kerana pangkat dua bintang dan tiga bintang lurus.

Pegawai Tentera Satu bintang tidak Di ikhtiraf sebagai jusa C. Pangkat Mej General setaraf dengan cikgu sekolah yang sudah berkhidmat 16 tahun atau Sama dengan Guru besar sekolah. Ini lah standard pegawai tentera sekarang. Kalau standard pegawai pun sudah di hina macam ini apatah lagi LLP.

Saudara2 sekelian, ini adalah awal mula pertama mula penerangan saya tentang masaalah ATM di bawah kerajaan Barisan Nasional. Kesannya banyak, dari segi terlalu banyak general Yang tidak ada anggota yang di perintah kerana pangkat tentera sekarang tidak ikut pemerintahan mereka tapi di harmonikan dengan tangga gaji awam. Kelulusan kemasukan pun ikut awam tapi beban kerja Dan tanggongjawab jauh berbeza.

Saya akan huraikan lebih banyak lagi tentang kelemahan kerajaan Barisan Nasional mentadbir ATM ini. Kelemahan ini secara langsong melemahkan kepimpinan, pentadbiran dan disiplin ATM itu sendiri. ATM terlalu terikut2 cara hidup Dan pentadbiran awam. Kesan nya telah tempias kepada kebajikan Dan penghargaan terhadap Veteran ATM.

Kira boleh lihat kelemahan ATM Di mana Krisis Lahad Datu dam MH370 Di perintah oleh orang politik Dan bukan nya general. Pangkat pegawai ATM dari Mej hingga Mej general seperti Kain buruk sahaja dan boleh Di beri kepada sesiapa sahaja Menteri Pertahanan suka.

Dalam Siri2 yang akan datang saya akan terangkan tentang syarat2 perkhidmatan yang melemahkan ATM dan merugijan Veteran kerana kerajaan BN telah megenepikan undang2 Dan hak Yang sedia ada. Saya juga akan sentuh tentang pembelian peralatan kententeraan Yang lemah, mengenai LTAT, mengenai penghargaan terhadap Veteran, mengenai gaji Dan pencen Dan bermacam2 lagi.

APA Yang saya katakan ini adalah benar Dan bukan cerita palsu. Sudah 45 tahun ATM tertipu. Ramai pegawai2 Tentera Yang berkaliber dan berani membetulkan keadaan Di pinggir Kan Dan akhir nya Mereka terpaksa berhenti Dalam pangkat Mej Dan Lt Kol. Hanya Yang Pak turut sahaja mampu menjadi Panglima2 Dalam ATM tetapi mereka tidak mampu melawan orang politik dah dari perkhidmatan awam.

BN bukan sahaja tidak ikut perlembagaan persekutuan dan undang2 Yang sedia ada untuk mertabatkan ATM malah mereka telah ingkari perintah Allah Dalam Surah Al-Anfal: 60.
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang. Dengan begitu, kamu menggetarkan musuh Allah dan musuh kamu.”

Marilah kita berubah dengan menolak Barisan Nasional Yang telah gagal memperkasakan ATM ketahap Yang sepatutnya.

UNDILAH PAKATAN HARAPAN DEMI KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AGAMA, RAJA DAN NEGARA MENGIKUT UNDANG2 YANG SEDIA ADA.

Sekian dan bacalah penerangan saya yang lebih menarik di siri yang berikut nya.

Wassalam

 

CATEGORIES