Malaysia Dateline

Kenderaan bawa sukarelawan Malaysia, media kemalangan di Banten

Satu kemalangan yang telah membabitkan Team Serantau Muslim dan media tempatan dalam misi bantuan kemanusiaan di Banten, Selat Sunda berada dalam keadaan selamat

Dalam kejadian yang berlau pada jam 1.10 pagi waktu tempatan kenderaan yang dipandu sukarelwan Indonesia itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 53 berdekatan Plaza Tol Serang arah Tangerang.

Serantau Muslim dalam kenyataanya berkata, mereka dalam perjalanan pulan ke Jakarta setelah selesai mengagihkan barang bantuan buat mangsa tsunami di Banten.
.
“Alhamdulillah, semua mangsa kemalangan dalam keadaan yang selamat dan dibenarkan keluar hospital setelah mendapatkan rawatan di Hospital Hermina Bitung, Indonesa,
.
“Mohon kita sama samaa rakyat Malaysia mendoakan team Serantau Muslim, wartawan TVAlhijrah, wartawan Sinar Harian dan Dai TV3 Nur Afiqah Mahmud selamat sampai Malaysia dengan selamat pada malam ini,” ujar kenyataan Serantau Muslim di laman facebook rasmi hari ini.

Memetik sinarharianonline, dua lagi kenderaan membawa sukarelawan Indonesia serta ketua misi, Shamsul Anwar M.Busra bersama seorang lagi kakitangan Serantau Muslim dan jurukamera TV Alhijrah berpatah balik sebaik dimaklumkan tentang kemalangan tersebut

Pasangan suami isteri yang juga sukarelawan baru selesai mengagihkan bantuan di Banten kebetulan dari arah belakang melihat kejadian itu dan terus menghubungi ambulans.

Kesemuanya dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan di sebuah hospital berhampiran.

Sebelum itu, sukarelawan Malaysia baru menamatkan misi penyerahan bantuan mangsa tsunami di Banten. Kumpulan ini terpaksa menamatkan misi bantuan sehari lebih awal daripada jadual susulan perkembangan terkini amaran status gunung berapi Anak Krakatau

Kali ini, Serantau Muslim mengagihkan bantuan berjumlah RM10,000 kepada mangsa tsunami dan banjir di sekitar kawasan Pandeglang, Banten.

Orang ramai yang ingin turut menyumbang kepada mangsa tsunami di Selat Sunda boleh layari bantuankecemasan.com.