Malaysia Dateline

Kenduri kahwin anak dah selamat, Nik Abduh sahkan terima bantuan MPKB, PDRM dan JKR

Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini mengesahkan pihaknya telah menerima bantuan daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) termasuk agensi kerajaan dalam melancarkan majlis perkahwinan dua anaknya pada 24 September baru-baru ini.

Beliau berkata demikian dalam hantaran ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan seperti PDRM, dan JKR yang menerima permohonannya membantu melancarkan majlis Bekwoh Kesyukuran perkahwinan dua anaknya, Nik Ahmad Shah Waliyullah dan Nik Nurana Nazeehah dengan pasangan masing-masing.

“Saya akhirnya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PDRM, MPKB dan JKR yang telah menerima permohonan saya untuk turut sama membantu melancarkan majlis keraian dan jamuan rakyat kami terutama dalam memastikan keselesaan pergerakan dan kelancaran lalu lintas yang agak sesak pada waktu puncak.

Kenduri kahwin anak dah selamat, Nik Abduh sahkan terima bantuan MPKB, PDRM dan JKR

“Pihak MPKB sebagaimana biasa turut menyediakan tambahan tong-tong sampah bagi memudahkan urusan pengutan dan pemindahan sisa pepejal bagi menjamin kebersihan (kesihatan) dan keceriaan kawasan sekolah dan masjid Tok Guru yang perlu dipulihkan dengan cepat,” katanya.

Dianggarkan sekitar 10,000 orang tetamu hadir dan lebih 30 kawah gulai dinikmati bersama selain juadah yang lain.

23 September Malaysia Dateline melaporkan tular surat permohonan Ahli Parlimen Bachok kepada MPKB agar dapat menyediakan kerusi, meja dan hiasan bunga untuk majlis perkahwinan anaknya.

Kenduri kahwin anak dah selamat, Nik Abduh sahkan terima bantuan MPKB, PDRM dan JKR

Surat tersebut yang ditandatangani oleh Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz telah diterima oleh Yang Dipertua MPKB pada 22 Setember lalu.

Surat tersebut menjelaskan, anak bekas menteri besar Kelantan itu membuat permohonan bagi melancarkan majlis bekwoh (kenduri) kesyukuran Keluarga Besar Nikmatillah sempena perkahwinan anaknya.

Baca juga: Tular surat MP Bachok minta MPKB sediakan kerusi meja, hiasan bunga untuk majlis perkahwinan anaknya

Baca juga: Nik Abduh malukan ayahandanya, kata netizen marah kerana minta kemudahan PBT untuk kenduri anak