Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kento Momota menang Malaysia Masters 2020

Kento Momota menang Malaysia Masters 2020

BernamaJanuary 13, 2020 9:14 am




Pemain nombor satu dunia, Kento Momota terpaksa bertarung sengit dalam set pertama ketika bertemu Viktor Axelsen dari Denmark sebelum berjaya bergelar juara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2020 di Axiata Arena, hari ini.

Pemain dari Jepun itu mengambil masa satu jam untuk menumpas Axelsen, yang menduduki ranking kelima dunia, menerusi ‘straight set’ 24-22, 21-11.

“Ini kejohanan yang pertama tahun ini, jadi saya terpaksa beri tumpuan sepenuhnya pada kejohanan ini. Ia memang amat sukar bagi kejohanan ini kerana badan saya berkeadaan tidak sempurna.

“Saya tidak menyatakan yang saya paling kuat hingga membolehkan saya menewaskan semua orang walaupun dalam keadaan tidak sempurna, tetapi deria saya lebih tajam dalam menyerang dan memungut mata saya… yakin.

“Walaupun lawan mendapat mata, saya biarkan saja dan terus tumpu untuk mata berikutnya. Perkara-perkara begitu, adalah perbezaan antara saya dan pemain lain,” katanya kepada media selepas perlawanan itu.

Pada edisi Malaysia Masters sebelum ini, Momota terkeluar pada pusingan pembukaan setelah tewas kepada rakan senegara, Kenta Nishimoto.

Pemain nombor satu dunia, Chen Yu Fei dari China menjuarai perseorangan wanita dengan permainan singkat berlangsung selama 37 minit untuk menewaskan pemain nombor dua dunia, Tai Tzu Ying dari Taiwan dengan 21-17, 21-10.

Beregu wanita dari China, Li Wen Mei-Zheng Yu (ranking ke-10 dunia) membuat kejutan menang setelah menewaskan rakan senegaranya, Du Yue-Li Yin Hui, yang juga ranking ketujuh dunia dengan keputusan 21-19, 16-21, 21-19.

Satu lagi pasangan dari China menang beregu campuran, apabila pasangan nombor satu dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong memenangi kategori itu selepas menewaskan pasangan nombor dua dunia, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping (China), 21-19, 16-21, 21-19.

Dalam acara beregu lelaki, Kim Gi Jung-Lee Yong Dae dari Korea Selatan menewaskan pemenang ketiga kejohanan, Li Jun Hui-Liu Yu Chen dari China 21-14, 21-16 untuk bergelar juara.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

‘Umno Sdn Bhd’ lawan ‘penjual Umno kepada diktator’

PENDAPAT: Bila Parlimen ditutup, ‘parlimen rakyat’ yang ambil alih

Krisis pendidikan negara semakin memuncak

Kasihan, apa jadi kepada mereka yang tiada gajet?

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production