Malaysia Dateline

Kenyataan media Perdana Menteri tidak nyatakan keseluruhan cerita sebenar

Walaupun meluat nak baca, saya paksakan diri saya untuk baca juga keseluruhan kenyataan media Jabatan Perdana Menteri.

Setelah membacanya, saya dapati ada fakta- fakta yang saya tidak pasti kenapa ianya tidak dinyatakan dalam kenyataan media rasmi tersebut.

Untuk sekarang ini, saya nak kata Gomen Tebuk Atap nampaknya macam ada usaha kali kedua untuk kelirukan semua pihak sekali lagi.

Ada beberapa fakta penting yang tidak disebut di kenyataan media itu. Antaranya :

Tidak disebut bahawa Yang di-Pertuan Agong ada bertitah meminta cadangan Ordinan Darurat (Pembatalan) itu mesti dibawa ke Dewan bagi tujuan dibentang dan dibahas di dalam Dewan Rakyat.

Apabila Agong meminta ianya dibentang dan dibahas, secara tersirat, Agong mahukan cadangan ordinan pembatalan itu hendaklah melalui proses biasa penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen iaitu :

Menteri bentang kali pertama, kedua dan ketiga di dua peringkat-dasar dan jawatankuasa.

Selepas itu ada perbahasan di peringkat dasar dan menteri akan jawab di peringkat dasar dan lepas itu undi.

Dan selepas itu ada pembentangan dan perbahasan di peringkat jawatankuasa pula dan wajib lalui proses yang sama.

Apabila lulus di Dewan Rakyat, dibawa pula ke Dewan Negara dan melalui proses yang sama. Selepas lulus di Dewan Negara, barulah dihantar ke Agong untuk diperkenan dan ditandatangani oleh baginda.

Selepas itu baru diwartakan. Selepas diwartakan baru sah proses pembatalan!

Selagi mana semua proses yang saya sebut itu tidak dilakukan, maka tidak wujud sebarang pembatalan dan tidak sewajarnya menteri umum di Dewan pada 26 Julai 2021 kononnya ianya telah dibatalkan atau di’revoked’ pada 21 Julai 2021.

Yang di-Pertuan Agong tersangat betul. Kenyataan menteri di Dewan itu mengelirukan.

Itu juga usul yang saya dan Ahli Parlimen Puchong bawa untuk rujuk menteri ke Jawatankuasa Hak kerana menghina majlis dengan mengelirukan Dewan di bawah Aturan 36 (12).

والله اعلم