Malaysia Dateline

Kenyataan permohonan maaf penulis Harakah kepada Mohamad Sabu

Saya, Roslan Shahir adalah wartawan dan penulis bagi artikel yang bertajuk “Husam: PAN parti diktator” yang disiarkan di laman sesawang Harakahdaily pada 14/09/2020 (“Artikel tersebut”).

Saya telah menuIis Artikel tersebut selepas merujuk kepada satu laporan media bertajuk “Husam letak jawatan naib presiden Amanah, kata sumber” yang telah disiarkan oleh portal The Malaysian Insight pada tarikh yang sama iaitu 14/09/2020.

Saya secara tidak sengaja telah menerbitkan berita yang disiarkan oleh portal The Malaysian Insight yang tidak dipastikan kesahihannya.

Pun begitu, saya sedar bahawa kandungan Artikel tersebut boleh membawa maksud dan pemahaman yang berbeza kepada para pembaca terutamanya kepada YB Mohamad bin Sabu apatah lagi setelah YB Mohamad bin Sabu membuat penafian seperti yang disiarkan dalam satu laporan lain oleh portal The Malaysian Insight pada 15/09/2020.

Oleh yang demikian, saya dengan seikhlas hati ingin memohon maaf kepada YB Mohamad bin Sabu sekiranya Artikel tersebut mengguris perasaan dan/atau mengaibkan nama baik YB Mohamad bin Sabu. Saya juga telah meminta pihak Harakahdaily untuk menarik balik penyiaran Artikel tersebut (sekiranya masih disiarkan) dan supaya tidak lagi menggunapakai dan membuat rujukan kepada Artikel tersebut di masa hadapan.

ROSLAN SHAHIR