Kenyataan PM beri kesan serius, kata Speaker Dun Johor

Kenyataan PM beri kesan serius, kata Speaker Dun Johor

Kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal selepas pembentukan Tanah Melayu boleh membawa kesan serius, kata Speaker Dun Johor, Suhaizan Kayat.

“Ini suatu kenyataan yang serius kerana boleh memberi kesan kepada dua buah kerajaan Johor dan Terengganu.

Suatu perbincangan yang lebih serius melibatkan pakar daripada persekutuan dan negeri perlu dilaksanakan,” kata Suhaizan seperti dipetik Malaysiakini hari ini.

Mahathir, dalam hantaran blog hari ini mendakwa perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.

Perlembagaan Johor dimasyurkan pada tahun 1895 manakala Perlembagaan Terengganu dirangka pada tahun 1911 dan masih berkuatkuasa

Perlembagaan negeri di semua negeri Tanah melayu adalah merupakan asas untuk pembentukan dewan undang negeri masing-masing serta memberi panduan terhadap pembentukan kerajaan negeri.

Kenyataan Mahathir itu dibuat selepas pertelingkahan dengan istana Johor dalam isu pemilihan menteri besar dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco).

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan bahawa perlembagaan negeri Johor memberi kuasa kepada baginda untuk memilih menteri besar.

Namun perdana menteri mengatakan kuasa tersebut terletak kepada parti politik atau parti yang memenangi pilihan raya.

Dalam catatan blognya hari ini, Mahathir berkata jika pemilihan seorang perdana menteri atau menteri besar bertentangan dengan kehendak parti yang menang, undi tidak percaya boleh didilakukan di dewan undangan negeri.