Kenyataan rasmi Pandikar Amin PRK perlu diadakan

Kenyataan rasmi Pandikar Amin PRK perlu diadakan

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasminya bahawa Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) perlu mengadakan pilihan raya kecil (PRK) berikutan kembalinya kerahmatullah dua ahli parlimen membabitkan Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wah Ahmad.

Notis pemberitahuan bertarikh 9 Mei itu telah dihantar kepada Pengerusi SPR, selaras dengan Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.

‘Pihak Suruhanjaya Pilihanraya hendaklah mengisi kekosongan kerusi Ahli Parlimen Kawasan P.093 Sungai Besar dan Kawasan p.067 Kuala Kangsar dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya bahawa ada kekosongan,” ujar kenyataan itu dipetik.

Hari ini SPR dalam kenyataan rasmi oleh Setiausahanya, Datuk Abdul Ghani berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kedua-dua kerusi itu daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 6 petang semalam.

“Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka dan bagi mengisi kekosongan kerusi P.067 Kuala Kangsar dan P.093 Sungai Besar.

” SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media dipetik Bernama.

Menurutnya mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah selaku Pengerusi SPR.

TAGS