Malaysia Dateline

“Kepada Neelofa tanya diri sendiri berbaloikah hingga anakanda dicaci, dibuli?-Pencerahan peguam ini memang padu

Malam tadi hampir semua platform media sosial dipenuhi dengan wajah anakanda Noor Neelofa Muhammad Bilal selepas buat pertama kali usahawan terkenal berkongsi wajah comel bayinya itu.

Perkongsian itu difahamkan berikutan bermulanya seorang pengguna TikTok menyebar wajah Bilal ketika mengambil foto secara curi di sebuah klinik hingga mengundang perasaan tersinggung ibunya.

Selepas itu, timbul pula wajah Bilal yang diedit hingga tidak menyerupai wajahnya sebenar dan disusuli pula dengan membanding-bandingkan Bilal dengan anak artis yang lain oleh netzien hingga membuatkan Neelofa cukup kecewa.

Akur dengan desakan netizen tidak habis-habis membahan anaknya, akhirnya malam tadi Neelofa telah berkongsi wajah Bilal daripada lahir hingga kini yang disoroknya sejak 9 bulan yang lalu.

Seorang peguam melalui Facebooknya Murfarwa Farid terpanggil untuk mengulas isu ini dan memuat naik postingnya serentak dengan posting Neelofa berkongsi gambar Bilal.

Menurut peguam ini, dalam isu Neelofa dan anakandanya, ada dua isu yang boleh dibincangkan.

Yang pertama, adakah orang yang sebarkan gambar Bilal boleh dikenakan tindakan undang-undang?
Jawapannya: Dalam jenayah, tak boleh. Tak ada peruntukan undang-undang yang larang kita ambil gambar dan siarkan di media sosial, kecuali ianya bersifat mengaibkan, membahayakan dan mencalarkan reputasi.

"Kepada Neelofa tanya diri sendiri berbaloikah hingga anakanda dicaci, dibuli?-Pencerahan peguam ini memang padu
Comelnya Bilal

Post gambar kanak-kanak dengan niat jahat, ada kandungan jelik atau menyakitkan hati, barulah ianya satu kesalahan.

Contohnya dalam Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia yang larang kita siarkan kandungan jelik dan menyakitkan hati orang lain.

Dan jika post gambar kanak-kanak sehingga memberikan kebahayaan kepada kanak-kanak tersebut juga boleh dikenakan di bawah kedua-dua peruntukan itu.

Selain itu, kalau post itu mengaibkan kanak-kanak tersebut, adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengaibkan seseorang.

Peruntukan yang paling jelas berkenaan larangan post gambar kanak-kanak, adalah dalam Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak. Itu pun, hanya untok kanak-kanak yang terlibat dengan kes jenayah.

Contohnya, mangsa, saksi atau tertuduh kanak-kanak. Yang ni memang terang-terang tak boleh sebarkan, hatta ianya untuk kesedaran masyarakat. Kalau nak sebarkan, kena dapatkan perintah Mahkamah terlebih dahulu.

Di Malaysia, tak ada undang-undang bertulis yang khusus yang melarang kita siarkan gambar kanak-kanak. Kita ada Akta Perlindungan Data Peribadi, tetapi akta ini hanya untok tujuan komersil sahaja.

Tadi saya cerita tentang undang-undang jenayah. Sekarang, kita cerita undang-undang sivil.

Kalau undang-undang sivil, macam mana? Boleh tak Neelofa saman orang yang post gambar Bilal?

Jawapannya, boleh. Neelofa boleh saman orang yang post gambar anakandanya disebabkan dengan posting tersebut, dia rasa tertekan dan haknya sebagai ibu telah dicabuli.

Lebih-lebih lagi sebagai selebriti, wajah Bilal adalah satu tarikan komersil yang akan memberikan kesan terhadap reputasinya sebagai selebriti.

Selebihnya, saya serahkan kepada yang pakar bab ini. Jujurnya, saya sendiri pun tak pernah lagi kendalikan kes-kes penyebaran gambar anak (saya pun tak pasti pernah atau tidak kes sebegini dibicarakan di Mahkamah).

Isu kedua, isu Neelofa yang berbulan-bulan merahsiakan wajah Bilal di khalayak ramai.

Saya faham, itu adalah hak beliau sebagai ibu, dan hak PU Riz untuk rahsiakan wajah anaknya bagi tatapan ramai orang.

Walau bagaimanapun, disebabkan berbulan-bulan lamanya, ramai yang sudah meluat, jelek dan jadikan Bilal sebagai bahan jenaka.

Sebagai seorang bapa, kalaulah anak saya sendiri dijadikan bahan jenaka dan dibuli dalam media sosial, saya akan ambil apa sahaja tindakan supaya ianya berhenti: termasuklah post saja gambar anak tersebut.

Ya, memang itu haknya sebagai ibu untuk rahsiakan gambar anaknya.

Tetapi dengan perbuatan tersebut menjadikan anak dijadikan bahan buli siber, dijadikan bahan jenaka, dijadikan sindiran orang, kalau tak post gambar anak, paling kurang pun saya akan aware dan berusaha untuk mohon wargamaya supaya menghentikan sebarang buli siber ke atas si anak.

Kasihan lihat Bilal diperlakukan sebegini. Media dan wargamaya memang salah dalam hal ini sebab membuli dan menyindir-sindir bayi yang belum tahu apa pun di dunia ini.

Tapi dari side Neelofa dan keluarga, sepatutnya dah ada langkah-langkah pencegahan untuk elakkan perkara ini berlaku. Now, the damage has been done. Sana sini orang dok membuli Bilal.

Neelofa dan keluarga perlu protect anak ini. Buat kenyataan atau amaran secara public berkenaan isu buli Bilal ini. Kalau awal-awal dulu bila tengok komen di media sosial, majoriti menunjukkan rasa meluat terhadap Neelofa.
Tapi sekarang, ramai jadikan Bilal itu sendiri sebagai bahan jenaka.

Kepada Neelofa, tanya semula kepada diri, berbaloi ke semua ni? Berbaloi ke dengan tindakan kita, anak kita kena caci, kena buli, kena sindir?

Mulut dan jari orang, memang kita tak boleh nak tahan. Orang lain kena muhasabah, kita sebagai ibubapa pun kena juga muhasabah.

Neelofa kena sedar, beliau memang ramai fans. Tapi ramai juga yang anti-fans. Memang ada group yang cukup pantang bila cerita Neelofa naik.

Jadi, inilah natijahnya. Inilah kesannya. Kelompok anti-fans Neelofa bertalu-talu mainkan isu Bilal. Media? Lagi sedap bubuh.

Lagi sedap media mainkan cerita Bilal sebab cerita tu menaikkan trafik mereka. Neelofa kena consider tentang perkara ini.

Bagi saya, dah nampak orang ramai cakap itu ini, cukuplah. Post saja gambar anak tu. Hentikan saja semua polemik ni. Tak berbaloi tunggu-tunggu-tunggu tapi bertubi-tubi anak dimalukan.

Walau bagaimanapun, pilihan nak post gambar Bilal itu, tetap pilihan Neelofa dan suami sebagai ibubapa.

Dan kepada nurtizen sekalian, sudah-sudah lah jadikan Bilal sebagai bahan jenaka. Saya bukan bercakap bagi pihak Neelofa mahupun PU Riz. Saya bercakap untuk Bilal.

Ramai saja orang yang tak nak post gambar anaknya. Kawan-kawan, rakan sekerja, ahli keluarga dan orang sekeliling kita pasti ada jenis yang macam Neelofa ni. Tak suka post gambar anak dia.

Kita terlalu banyak makan umpan media. Macam saya cakap tadi, semua cerita pasal Neelofa, pasti akan naikkan trafik mereka. Kita jugalah yang bantu naikkan trafik dengan melayan cerita-cerita sebegini.

Tulisan saya ini, mungkin tulisan pertama dan terakhir pasal Bilal ni. Saya tulis, semata-mata kasihan bayi tersebut. Wajahnya diedit dan namanya menjadi bahan ejekan. Kasihan.

Dan dalam cerita Neelofa-Bilal ini, ramai saja saya tengok yang tak peduli langsung. Inilah tindakan terbaik yang boleh kita lakukan. Biarkan je lah orang tu nak buat apa.

Tak usah termakan umpan media yang sengaja naikkan satu isu yang patut tak jadi isu pun. Macam saya cakap tadi, bukan Neelofa sorang yang rahsiakan wajah anak.

Ramai lagi selebriti yang ambil langkah sebegitu, apatah lagi orang sekeliling kita.

Nak kecam tindakan Neelofa, itu hak anda. Tapi jangan sesekali kita jadikan Bilal sebagai bahan buli. Itu bayi. Itu anak kecil. Janganlah hukum Bilal disebabkan kita tak suka tindakan ibunya.

Baca juga: “Tak naklah cerita apa yang dia buat sepanjang berniaga, Tuhan dah respons”-Lelaki ini dedah kenal makcik nasi lemak sejak 2019

Baca juga: Had ahli kumpulan Whatsapp dipertingkat kepada 1,024