“Kepada rider yang perkecil usaha mogok kami, tak apa terima kasih”, rider luah kekecewaan

Oleh KIM SYAZIE

“Tanpa korang sedar kawan-kawan kau yang mogok ni lah tunda motor kau time kau breakdown sebab cedok, yang mana kau tak pernah kenal pon. Disebabkan sama-sama rider kita tolong. Tapi apa kan daya disebabkan $$$ korang dah anggap kita ni kurang cerdik. terima kasih yang tak support. Walaupun sehari tapi besar kesannya”.

Ini antara kekecewaan yang diluahkan rider selepas melihat sokongan dari rakan-rakan penghantar lain yang tidak bersatu hati dan tidak sepakat menggerakkan mogok.

Rancangan untuk menggerakkan mogok telah dibincangkan dalam group Facebook rasmi mereka sejak dua minggu lalu. Banyak reaksi ditunjukkan para penghantar makanan yang menyokong dan yang tidak menyokong usaha tersebut.

Di sini, kesatuan mereka teruji. Ketika rakan lain menggerakkan usaha mogok untuk mempertahankan nasib dan kadar bayaran yang adil, mereka digugat dengan sikap rakan-rakan penghantar lain yang tetap menjalankan kerja rider seperti biasa.

Meninjau ke Group GrabFood Rider Malaysia dan Rider FoodPanda Malaysia (Original), mereka yang menyertai mogok berkenaan meluahkan rasa kecewa dengan sokongan yang diterima.

“Tahniah kepada yang cedok. Order korang padu kan? siap ade flexi bonus. Biasanya seminggu awal dia bagitahu. Ini malam semalam (sebelum mogok) baru bagitahu sebab blackout punya hal. Tak apa. Kawan-kawan kau yang mogok ni nampak bangang di mata korang,” luah seorang rider Foodpanda, menggunakan nama Luke Kennelson.

Antara luahan lain rider GrabFood dan FoodPanda;

Pada Jumaat lalu (5 Ogos) ratusan kumpulan penghantar makanan Grabfood melancarkan mogok besar-besaran sebagai tanda protes terhadap kadar upah yang didakwa rendah.

Baca juga: Dakwa ‘disembelih’ syarikat pengendali rider mogok hari ini