Keperluan optima guna tanah terbiar melalui pertanian moden, teknologi baru

Keperluan optima guna tanah terbiar melalui pertanian moden, teknologi baru

Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani akan sentiasa melihat kepada keperluan sektor baharu dalam bidang pertanian negara bagi mengoptimakan guna tanah terbiar di negara ini.

Menterinya Datuk Salahuddin Ayub berkata, kekangan mendapatkan tanah yang bersesuaian untuk menjalankan pertanian moden di negara ini pendekatan penggunaan teknologi baru dalam semua sektor akan dilaksanakan oleh kementerian dan agensi di bawahnya kelak.

“Kita memahami tanah-tanah terbiar ada banyak isu yang ditimbukan termasuk pewarisan dan faktor geografi setempaat berkaitan cenuram dan di kawasan tanah tinggi.

“Untuk mengoptimakan penggunaan tanah terbiar ini kita akan menumpukan kepada tekonologi baharu.

“Kementerian sedang berusaha bersungguh-sungguh menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang akan mengamalkan pertanian berteknologi moden dan mempunyai virati pertanian dan pendekatan baharu.

“Kitga akan akan laksanakannya kelak di semua sektor berkaitan pertanain untuk peningkatan produk dan hasil pertanian di seluruh negeri dan negara,” ujarnya pada sidang media di kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Datuk Salahuddin Ayub (dua dari kiri) ketika melakukan ‘flag off’ kepada agensi dan jabatan pertanian yang mengambil bahagian di MAHA 2018 pada November ini.

Beliau sebelum itu melancarkan ‘flagg off’ MAHA 2018 bagi agensi dan jabatan di bawah kementerian yang menyertai acara dwi tahunan pertanian dan penternakan yang kini berbaki hanya 50 hari yang akan diadakan pada 22 November sehingga 2 Disember 2018.

Dalam ucapannya Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, kelainan MAHA 2018 kali ini dengan mempamerkan teknologi dan pendekatan baharu berkaitan dengan pertanian dan penternakan moden kepada pengunjung dalam ekspo yang akan diadakan selama 11 hari itu kelak.

Bertemakan ‘ Makanan Kita Masa Depan Kita’ ekspo yang disertai 26 buah syarikat yang mengambil bahagian dengan 1,500 gerai jualan sudahpun mencecah 95% membuat tempahan setakat ini.

“MAHA 2018 telah mendapat penajaan hampir Rm5juta dariapda rakan strategik seramai 26 syarikat dan dijangka jumlah akan bertambah pada tahun ini dengan penyertai kukuh daripada rakan strategik.

MAHA 2018 yang akan diadakan di MAEPS, Serdang itu,  menjangkakan akan menarik lebih dariapada 3.5juta pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Dalam majlis diadakan Salahuddin yang juga Timbalan Presiden AMANAH menyerahkan penghanrgaan kepada syarikat penaja yang mengambil bahagian dalam MAHA 2018 bagi tahun ini.

Turut diperkenalkan beberapa arti popular yang akan memeriahkan tapak ekspo MAHA 2018 kelak seperti penyanyi Aishah, Abby Abadi, pelakon Memey, Mak Cun (Erma Fatima) dan Norman Hakim.

Pengarah dan pelakon Erma Fatima (dua dari kiri) turut menyertai MAHA 2018 sebagai Rakan Acara memeriahkan lagi tapak ekspo  yang akan diadakan di Maeps, Serdang pada November ini.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote