Malaysia Dateline

Kepimpinan baharu KKM perlu teruskan usaha penambahbaikan

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad menyeru kepimpinan baharu Kementerian Kesihatan (KKM) yang diterajui oleh menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba dan timbalannya, Datuk Dr Noor Azmi supaya meneruskan penambahbaikan yang telah direncanakan meskipun ia tidak punya komitmen yang dipandu oleh manifesto atau dasar-dasar besar.

Kata beliau, dengan tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH), bukan jawatan dan posisi yang diratapi pihaknya, tetapi beliau amat khuatir Agenda Bina Semula Negara dan khasnya di KKM, akan tergendala.

“Setelah 14 Kajian dikomisyenkan sejak 1985 oleh Kerajaan BN-Umno, termasuk yang mutakhir iaitu Malaysian Health System Research (MHSR) oleh KKM-Harvard University, berakhir 2016, adalah diakui semua pihak, bahawa tidak dapat dilaksanakan ‘health reform’ secara sistematik dan substantif sehingga kini.

“Dalam 21 bulan yang lalu, tumpuan utama KKM adalah menyelesaikan pelbagai masalah kekurangan fasiliti dan kakitangan, kesesakan klinik dan hospital, tegasnya, ‘firefighting’ yang bersifat akut dan urgent.

“Ini disebabkan KKM yang diakui oleh Ketua Laporan Audit Negara, sebagai ‘underfunded, understaffed and overworked’,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, apa yang lebih penting juga adalah usaha bersama-sama HAC (Health Advisory Council), merangkakan satu ‘Health Reform Agenda’ dan ia telahpun dibentangkannya pada 14 Oktober 2019 kepada mantan PM YAB Tun Mahathir Mohamad.

Maka katanya di samping krisis keracunan kimia di Sg Kim-Kim dan Pasir Gudang, serta jangkitan pneumonia dalam kalangan Suku Kaum Batik, Orang Asli dan terkini COVID-19, pihaknya telah memulakan langkah-langkah awal Reform Kesihatan yang berlandaskan 3 tunggak:

3 Pillars Natl Health Reform:

1. Public Sector -Consolidate healthcare delivery services incl digitised platform -Electronic Medical Records (EMR).
2. Private Sector -Regulatory Reforms- Nurturing Value-based private healthcare
3. Health Financing Reforms -Natl Health Fund.

Pengarah Strategi AMANAH itu mengucapkan tahniah kepada mereka yang dilantik dan berpesan, demi rakyat buatlah yang terbaik.