Kepincangan urus  dana-agihan kerajaan BN, ramai berputih mata

Kepincangan urus dana-agihan kerajaan BN, ramai berputih mata

Kepincangan pengurusan dana dan agihan kerana penyelewengan peruntukan kerajaan meliputi hampir segenap bidang dengan ketara dalam hal berkaitan keperluan asas, dakwa aktivis Amanah Sadong Jaya, Fauzi Syafei.

Fauzi SyafeiKepincangan pengurusan dana dan agihan kerana penyelewengan peruntukan kerajaan meliputi hampir segenap bidang dengan ketara dalam hal berkaitan keperluan asas, dakwa aktivis Amanah Sadong Jaya, Fauzi Syafei.

Menurutnya ramai rakyat yang memerlukan kini berputih mata terutamanya membabitkan golongan nelayan.

“Bantuan baja tak sampai. Tangki 1Malaysia pun bukan semua dapat. Bagi mereka yang mencari rezeki di lautan, pohon lesen nelayan susah tak dapat.

“Apa lagi kalau sudah dicop sebagai kuat pembangkang, lagilah tak diberi lesen sampai satu bot kongsi empat, lima nelayan,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline di Sadong Jaya hari ini.

Mengakui dasar kerajaan sebahagiannya berpihak kepada rakyat, beliau berkata, berlaku penyelewengan yang jelas di peringkat pelaksanaan.

“Dasar di atas kertas nampak baik tapi bila turun ke bawah, pengurusannya teruk. Kalau projek infrastruktur, bahan binaan tak berkualiti yang diguna,” jelasnya.

Selain agihan dana, tambahnya, ketidakadilan juga berlaku dalam hal berkaitan penggunaan bangunan awam termasuk rumah ibadat.

“Sekarang dewan orang ramai dikuasai BN sejak dulu apalagi ketika kempen pilihan raya. Masjid dan surau juga dikuasai konco-konco BN,” ujar Fauzi lagi.

Ketika ketirisan agihan dana dan bantuan kerajaan dilihat gagal ditangani secara berkesan, Najib Razak terus menambah peruntukan untuk pembangunan luar bandar di Sarawak sebanyak RM1.5 bilion dalam Bajet 2016, berbanding RM1.1 bilion pada Bajet 2015.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini, calon Amanah di N24 Sadong Jaya, Othman Mustafa bertanding dalam empat penjuru antara BN, Pas dan calon Bebas.

TAGS