Keputusan Gerakan keluar BN wajar walaupun lewat, kata MP DAP

Keputusan Gerakan keluar BN wajar walaupun lewat, kata MP DAP

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, walaupun tindakan Gerakan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dianggap sudah terlewat, namun ia lebih baik daripada ia terus kekal dengan pakatan politik yang korup itu.

Ia kata beliau, disifatkan sebagai suatu keputusan yang wajar dan betul dari sudut politik, berbanding dua parti lain iaitu MCA dan juga MIC.

“Gerakan bagaimanapun masih perlu memohon maaf kepada rakyat berhubung skandal kewangan terbesar di dunia, iaitu 1MDB.

“Setiausaha Agung mereka yang berada dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selama ini mempertahankan 1MDB.

” Mengapa terlalu sukar bagi Gerakan untuk memohon maaf kerana berada bersama rejim yang korup dan memejamkan mata sedangkan negara di rompak?” kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.

Akhir sekali kata Lip Eng, perkara terakhir yang terpuji boleh dilakukan Gerakan selepas meninggalkan BN ialah mengarahkan dua orang senator, dan wakil mereka dalam lembaga penasihat DBKL dan banyak lagi lagi lantikan politik lain supaya meletakkan jawatan kerana ia adalah lantikan politik BN.