Malaysia Dateline

Keputusan penuh STPM akan diumum 25 Februari

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 akan dikeluarkan pada 25 Februari 2020.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia Khawari Idrid dalam Kenyataan hari ini, memaklumkan Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12.00 tengah hari, manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM RESULT<jarak><No. Kad Pengenalan> dan menghantarkannya ke 15888 serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai
jam 12:00 tengah hari pada tarikh berkenaan.

Pada peperiksaan STPM tahun 2019, seramai 44,823 calon telah hadir menduduki peperiksaan ini di 652 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, 44,501 (99.28%) orang adalah calon sekolah kerajaan, 167 (0.37%) calon sekolah swasta, 128 (0.29%) calon persendirian individu, dan 27 (0.06%) calon sekolah kerajaan negeri.