Keputusan peperiksaan UPSR diumum pada 23 November

Keputusan peperiksaan UPSR diumum pada 23 November

Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 akan diumumkan pada 23 Nov ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Kementerian Pendidikan berkata

calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.

“Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 melalui mySMS 15888.

“Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi pada 23 Nov dan akan ditamatkan pada 6 petang pada 29 Nov, demikian menurut kenyataan itu.

Seramai 443,794 calon menduduki UPSR tahun ini membabitkan 8,085 pusat peperiksaan di seluruh negara.