Malaysia Dateline

Keputusan pertandingan menulis AMANAH diumumkan petang ini

Keputusan pertandingan menulis skrip dan cerpen anjuran AMANAH akan diumumkan petang ini dan hadiah kepada pemenang akan disampaikan.

Pengumuman itu akan dibuat di majlis berbuka puasa AMANAH di perkarangan Wisma Amanah, Kuala Lumpur.

Presiden AMANAH yang juga Menteri Pertahanan Haji Mohamad Sabu dijangka akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

AMANAH telah menganjurkan pertandingan menulis skrip dan cerpen sempena Kongres AMANAH kedua yang diadakan di Ipoh Disember 2018 lalu.

Dengan tema ‘Rahmatan lil alamin’, para pemenang akan menerima hadiah lumayan termasuk RM10,000 wang tunai untuk pemenang pertama.

Pemenang kedua RM8,000, ketiga RM5,000 manakala tiga hadiah saguhati akan menerima RM1,000 setiap satu.

Di samping hadiah wang tunai, skrip dan cerpen ini akan diadaptasi ke dalam bentuk video klip atau drama.