Keputusan pilih Port Dickson perlu rundingan dengan pemimpin parti, kata Azmin

Keputusan pilih Port Dickson perlu rundingan dengan  pemimpin parti, kata Azmin

Keputusan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Port Dickson perlu mengambil kira pandangan semua pemimpin parti lain, kata Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri Hal Ehwal ekonomi itu mengakui bahawa perbincangan  mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson perlu menjurus kepada perbincangan ilmiah.

“Bagaimanapun, pandangan oleh beberapa pemimpin parti itu serius dan patut diberi perhatian,” katanya kepada media selepas mengadakan perhimpunan dengan anggota parti di wilayah utara SP Arena Seberang Jaya malam tadi.

Beliau kemudian memberi jaminan kepada anggota partinya bahawa pandangan para pemimpin PKR tidak akan terlepas pada masa akan datang.

“Ia tidak akan berlaku lagi selepas ini dengan kesatuan bersama,” katanya.

Beliau menjawab soalan sama ada perbincangan tentang memilih kerusi untuk Anwar dijalankan secara rahsia.

“Bagaimana ia diputuskan, ia telah menjadi akademik, tumpuan kini adalah untuk memastikan parti kita mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya kecil,” katanya.

Baru-baru ini, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Naib Presiden PKR, Tian Chua, kedua-duanya mendakwa pemimpin parti tidak dirujuk di mana kerusi itu akan dikosongkan untuk Anwar.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan mereka.

Beeliau dilaporkan berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat biro politik parti.

Pada hari Rabu, penyandang kerusi Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen untuk kawasan itu untuk membuka jalan bagi Anwar untuk kembali ke Parlimen.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0