Keputusan PRK Sungai Kandis: Bukti rakyat tolak sentiman kaum, agama

Keputusan PRK Sungai Kandis: Bukti rakyat tolak sentiman kaum, agama

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis membuktikan rakyat menolak sentimen agama dan perkauman sempit yang dimainkan oleh pembangkang khususnya Pas, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Templer Mohd Sany Hamzan.

Beliau berkata, Pas dilihat agak keterlaluan dalam usaha memberi gambaran buruk kepada kerajaan baharu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya rakyat memberikan dokongan dan sokongan kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk memimpin negeri dan negara.

“Bagi Pemuda AMANAH, keputusan PRK Sungai Kandis membuktikan penyokong dan ahli Pas menolak pendekatan yang dilakukan oleh parti itu yang mana secara umum menzahirkan sokongan terhadap Barisan Nasional(BN).

“Kami yakin, penyokong dan ahli Pas tidak boleh menerima pendekatan semasa parti itu yang semakin lunak dengan BN yang merupakan musuh tradisi mereka sejak turun temurun.

“Kerjasama yang erat dilihat teruskan oleh Pas dan BN yang mana mereka secara sepakat membuat keputusan untuk memberikan laluan kepada Pas bertanding,” ujarnya dalam kenyataan hariini.

Mohd Sanya yang juga Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu berkata, menyeru ahli Pas untuk membuat tindakan yang sama seperti PRK Sungai Kandis dalam memberi sokongan dan undi kepada Pakatan Harapan.

“Kami mengajak ahli Pas untuk membuat perubahan atas perkembangan parti itu yang dilihat semakin serong daripada perjuangan asalnya.

“AMANAH membuka peluang dan ruang sepenuhnya ahli dan penyokong Pas untuk menyertai parti ini yang turut berlandaskan Islam dengan konsep “Rahmatan Lil Alamin”,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pengundun Dun Sungai Kandis yang mengekalkan kemenangan Pakatan Harapan di kerusi tersebut.

Dalam PRK N49 Sungai Kandiscalon Pakatan Harapan, Mohd Zawawi Ahmad Mughni memperoleh majoriti 5,842 undi menewaskan calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas K. Murthy.

Tambahnya lagi, kemenangan tersebut adalah mesej jelas bahawa rakyat memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir negeri dan negara.

Biarpun pelbagai serangan yang dilakukan oleh pihak pembangkang bagi mewujudkan persepsi buruk kepada Kerajaan Pakatan Harapan, tetapi rakyat sangat bijak menilai secara rasional.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote