Malaysia Dateline

Keputusan tak rasmi: BN mendahului PH

Calon Barisan Nasional (BN), Wee Jeck Seng mendahului calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai berdasarkan keputusan tak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setakat jam 7.30 petang tadi, Wee memperoleh 17,740 undi sementara calon PH, Karmaine Sardini mendapat 6,773 undi.

Berdasarkan statistik, peratusan keluar mengundi pada jam 4 petang selepas semua 27 pusat mengundi ditutup pada jam 5 petang tadi, mencecah 70 peratus.

Keputusan tak rasmi itu dipaparkan di Pusat Penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan di sini, manakala keputusan rasmi dijangka diketahui selewat-lewatnya jam 9 malam ini.

PRK Parlimen Tanjung Piai pada 16 Nov ini menyaksikan pertandingan enam penjuru, melibatkan calon PH, BN, Gerakan, Berjasa dan dua orang calon bebas.

Wee, merupakan ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal bermula 2008, sebelum tewas kepada penyandang Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 43, meninggal dunia awal pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.

Mengikut senarai SPR, seramai 52,698 daripada 52,986 pengundi biasa layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, hari ini.