Kerajaan akan bangunkan ‘Roadmap’ pengunaan dan sisa plastik atasi pencemaran

Oleh MALAYSIADATELINE

Yeo Bee Yin

Kementerian Tenaga Sains,Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dijangka akan melancarkan Roadmap Towards Zero- Single Use Plastics dalam menangani pencemaran sisa plastik di negara ini.

Menterinya Yeo Bee Yin berkata, isu pencemaran plastik ini perlu ditangani melalui pendekatan yang holistik dengan mengambil kira kepentingan awam, industri plastik dan kelestarian alam sekitar.

Katanya ketika menjawab soalan lisan Lim Kit Siang (DAP-Iskandar Puteri) yang bertanya apakah rancangan Kementerian untuk mengurangkan pencemaran plastik di lautan selain daripada pengharaman penggunaan straw minuman.

Yeo berkata kementeriannya dengan kerjasama kementerian dan agensi lain khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Wilayah (KW), pihak kerajaan negeri, sama ada kerajaan ataupun pembangkang, serta stakeholders yang lain seperti pemain industri, NGO-NGO dan lain-lain telah bekerjasama dalam membangunkan Roadmap Towards Zero Single-Use Plastics itu.

“Roadmap ini melakar hala tuju negara kita untuk menurunkan penggunaan single-use plastic serta menyatakan dasar-dasar kerajaan yang bertujuan untuk memangkin pertumbuhan industri bioplastik dan alternatif mesra alam sebagai penggantian produk single-use plastic

“Kita perlu tahu bahawa dunia kita sedang mengalami masalah pencemaran plastik dan isu ini akan menjadi lebih serius dengan pertumbahan populasi dunia yang dijangka mencapai 10 billion menjelang 2050.

“Pengguna sedunia memerlukan alternatif kepada plastik konvensional seperti bioplastik yang boleh dibiodegradasi (biodegrable plastic).

“Dengan itu, industri pekilangan hijau yang menghasilkan produk mesra alam yang boleh terurai (biodegradable) ada potensi tinggi bukan sahaja untuk pasaran Malaysia tetapi seluruh dunia.

“Malaysia perlu menjadipenggerak utama dalam industri ini dengan melabur dari segi R&D dan rangka polisi.

“MESTECC berharap dengan roadmap ini boleh membantu Malaysia untuk berubah dari negara yang popular dengan pencemaran plastik ke negara yang popular dengan plastik mesra alam,” jelasnya dalam sidang dewan rakyat semalam.

Yeo Bee Yin (DAP-Bakri) berkata,isu pencemaran plastik adalah isu antarabangsa dan memerlukan cara penyelesaian antarabangsa.

“Satu kajian telah diterbitkan oleh Science Advances pada 20 Jun 2018 dan menunjukkan bahawa pengharaman impot sisa plastik ke negara China akan menyebabkan sisa plastik sejumlah 111 juta tan metrik  tiada tempat pelepasan dari 2018-2030.

“Kita perlu tahu bahawa lautan dunia adalah saling berhubungan. Walaupun sisa-sisa ini, terutamanya sisa plastik yang non-recyclable, tidak sampai ke Malaysia, jika ia sampai ke negara-negara jiran kita ataupun negara lain dan mereka tidak mengendali sisa-sisa ini dengan baik, ia akan menyebabkan pencemaran lautan di Malaysia,” ujarnya.

Katanya lagi, Kementerian akan bersuara tentang pergerakan sisa plastik di peringkat antarabangsa. kerana Malaysia salah sebuah negara yang menyertai Konvensyen Basel (Basel Convention on the Control of Transboundary Movements of Hazardous Wastes and Their Disposal) di peringkat antarabangsa.

“Pada masa ini, sisa plastik diklasifikasikan di bawah Annex IV Konvensyen tersebut iaitu kategori sisa yang tidak dikawal di bawah Konvensyen Basel (bermaksud di luar skop Konvensyen Basel).

“Walaubagaimanapun, pada bulan Jun yang lepas, Kerajaan Norway telah mengemukakan cadangkan agar sisa plastik dikeluarkan daripada Annex IV dan dimasukkan ke dalam Annex II, iaitu kategori sisa yang memerlukan pertimbangan khas (categories of wastes requiring special consideration) dan dikawal di bawah Konvensyen Basel. Kerajaan Malaysia telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan kini memberikan sokongan yang penuh kepada Kerajaan Norway di dalam rundingan antarabangsa supaya cadangan ini dipersetujui dan diamalkan secepat mungkin.

“Sementara itu, Kementerian akan mengambil langkah-langkah untuk menyampai mesej ke negara-negara maju supaya tidak mengekspot sisa plastik yang tercemar atau tidak boleh dikitar semula ke negara-negara membangun, tetapi kendali sisa-sisa ini di negara mereka sendir,” terangnya.

Pada 18 Julai lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menegaskan kewajaran dikenakan larangan kepada produk-produk plastik bermula dengan beg plastik dan straw di samping menggalakkan produk-produk mesra alam dan boleh diguna semula.