Kerajaan bercadang mewujudkan Majlis Tahfiz Negara mulai awal tahun depan di dalam usaha menyelaraskan sekolah-sekolah tahfiz swasta yang merupakan teras pendidikan tahfiz negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.
Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan juga akan meminda undang-undang melalui Akta 505 pindaan kepada Seksyen 97 yang akan dibangkitkan menerusi sesi persidangan ini bagi meluaskan kuasa majlis bagi mengawal selia sekolah agama Islam.
— BERNAMA