Kerajaan berjaya bentang belanjawan merangkumi semua urusan negara

Kerajaan berjaya bentang belanjawan merangkumi semua urusan negara
Mohd Anuar Mohd Tahir

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir menyifatkan kerjaaan telah berjaya membentangkan belanjawan yang mengambil kira semua urusan negara.

Menerusi pemerhatian pihaknya, Anuar berkata, pembentangan belanjawan ini dilihat memberikan keadilan kepada semua, sesuai dengan konsep kemewahan bersama.

“Saya di Kementerian Kerja Raya (KKR) merasakan bahawa penambahan yang diberikan kepada bajet untuk infrastruktur negara, telah bertambah berbanding tahun lepas.

“Perhatian juga diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak yang selama ini tertinggal di masa pentadbiran yang lalu.

“Dalam tempoh yang singkat kita ambil alih kerajaan ini, kita sedang memberikan perhatian supaya Sabah dan Sarawak diberi peluang untuk maju ke depan seperti mana negeri lain atau pun di negeri-negeri Semenanjung.

“Bagi saya, pembentangan bajet kedua ini sememangnya menarik dan kita dapat lihat bagaimana Malaysia Baharu ini sedang mengorak langkah yang lebih ke depan dalam keadaan ekonomi negara dan global yang begitu menekan dan mencengkam,” katanya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung AMANAH berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen selepas selesai sesi Pembentangan Bajet 2020, hari ini.