Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerajaan bersetuju bincang had umur perkahwinan di Kelantan
Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf

Kerajaan bersetuju bincang had umur perkahwinan di Kelantan

SITI NUR ZAWANI MISCON FOTO: SYAFIQ ISKANDARJanuary 30, 2020 1:14 pm




Kerajaan bersetuju untuk berbincang dengan kerajaan Kelantan berhubung had umur perkahwinan di negeri itu agar dinaikkan dari 16 tahun ke 18 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata, namun pihaknya mengambil kira beberapa faktor di mana menurutnya ia memerlukan beberapa fasa perbincangan yang akhirnya tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri untuk memutuskannya.

Ini kerana katanya, kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang arahan kepada kerajaan negeri yang bukan di bawah kuasa persekutuan.

“Sebenarnya isu perkahwinan bawah umur memang pihak kami di kerajaan persekutuan khususnya di pentadbiran islam memang kita telah memutuskan bahawa kita bersetuju untuk menghadkan umur perkahwinan ke 18 tahun.

“Saya mengambil kira bahawa negeri di bawah kerajaan yang sama di peringkat persekutuan adalah lebih mudah kita lakukan rundingan untuk memastikan isu ini dapat diselaraskan

“Tapi negeri yang bukan bawah kita, kita akan ambil pendekatan lebih kepada (berbincang) untuk meyakinkan mereka kenapa undang-undang ini baik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan buku Jenayah dan Hukuman Berdasarkan Undang-undang Islam: Sebuah Tafsiran Segar, di International Institute of Advanced Islamic (IAIS), hari ini.

Naib Presiden AMANAH itu juga berkata, kerajaan pastinya akan sentiasa berbincang dengan kerajaan negeri Kelantan berhubung isu berkenaan yang tertakluk dalam konsep persekutuan dan kuasa negeri.

“Untuk menasihati, (kami) boleh. Kami akan lakukan hubungan berterusan untuk berbincang dengan pihak negeri supaya mereka menerima idea ini dan tentu prosesnya akan memerlukan mereka perlu bawa ke Dewan Undangan Negeri yang mana itu hak mereka untuk proses itu dilakukan,” jelasnya.

Semalam  kumpulan hak asasi wanita, Sisters in Islam (SIS) menggesa kerajaan persekutuan berbincang dengan kerajaan Kelantan untuk menaikkan umur perkahwinan kepada 18 tahun.

Kumpulan itu berkata Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menetapkan pelan 5 tahun untuk memastikan undang-undang, peraturan dan garis panduan di peringkat negeri selari dengan dasar persekutuan.

Pelan ini menyatakan halangan dalam menaikkan umur minimum perkahwinan akan ditangani di semua negeri.

Sisters In Islam membuat gesaan itu selepas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang berkata, kerajaan persekutuan tidak campur tangan keputusan kerajaan Kelantan untuk mengekalkan had usia perkahwinan 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production