Baiki tadbir urus negeri BN daripada sibuk isu tanah Taman Manggis

Baiki tadbir urus negeri BN daripada sibuk isu tanah Taman Manggis

Kerajaan pusat dan BN digesa lebih menumpukan kepada usaha memperbaiki tadbir urus di negeri-negeri yang ditadbirnya berbanding gembar gemburkan isu penjualan tanah di Taman Manggis Pulau Pinang, sedangkan negeri itu mendapat pujian dari Tranparency International.

Pegawai Penerangan Pejabat Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad berkata, Transparency International telah menjadikan negeri itu, menepati konsep CAT dalam tadbir urus kerajaan negeri.

“Pulau Pinang, walaupun tidak memiliki kesemua sumber asli namun konsep pentadbiran yang bersih, akauntabiliti dan telus (Clean, Accountable, Transparent- CAT) yang diamalkan oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan telah memastikan Pulau Pinang menjadi negeri terunggul di Malaysia sehingga mendapat pujian dari Transparency International.” ujarnya dalam satu kenyataan.

Malah Zamri turut menegaskan Pulau Pinang di bawah pemerintahan DAP dilaporkan mempunyai hutang terendah dengan kerajaan pusat berbanding negeri-negeri lain.

Ujarnyaa, tiga negeri yang mempunyai hutang tertinggi iaitu Pahang (RM2.92 bililion), Sabah (RM2.6 bilion) dan Sarawak (RM2.5 bilion) adalah negeri yang mempunyai sumber asli yang banyak seperti minyak, gas dan balak, selain mempunyai tanah yang luas dan subur untuk dibangunkan ladang, kilang dan sebagainya.

“Pulau Pinang hanya berhutang RM69.36 juta sahaja iaitu jauh lebih rendah berbanding dengan negeri Johor yang berada di tempat kedua terendah dengan hutang sebanyak RM249 juta dengan kerajaan persekutuan.

“Pahang telah muncul negeri tertinggi hutang dengan kerajaan pusat iaitu hampir mencecah RM3bilion.

“Apa sudah jadi? Negeri tempat asal Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak iaitu Pahang telah muncul menjadi negeri tertinggi hutang dengan kerajaan pusat,” ujarnya.

Beliau juga menyentuh mengenai skandal RM2.6 bilion yang mengaitkan perdana menteri dengan derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

“Ketika didedahkan baru-baru ini skandal ribuan juta RM masuk ke akaun peribadi Najib, beliau menafikan ia duit rakyat tetapi mendakwa mendapat derma dari hartawan Arab.

“Namun apa yang pelik beliau mendakwa keseluruhan derma tersebut telah dipulangkan semula. Kenapa ianya tidak digunakan untuk melangsaikan hutang negeri asalnya (Pahang) kepada kerajaan pusat atau tujuan amal lain?,”soalnya lagi.

Zamri sebelum ini turut mendedahkan bagaimana Pulau Pinang menjadi satu-satunya negeri yang berjaya membasmi kemiskinan di kalangan rakyatnya dengan perlaksanaan program Agenda Ekonomi Saksama (AES) dimana setiap keluarga miskin diberi bantuan bulanan agar mereka terkeluar dari Paras Garis Kemiskinan (PGK).

TAGS