Malaysia Dateline

Kerajaan BN Melaka tumbang, 4 Adun tarik sokongan

Adun Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron bersama tiga lagi wakil rakyat kerajaan umum tarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sekaligus mendakwa kerajaan negeri Melaka telah tumbang.

“Saya Idris Haron, Adun Sungai Udang, bersama Pangkalan Batu, Teluk Emas, dan Pantai Kundur, mengumumkan kami hilang kepercayaan kepada ketua menteri melaka dan seluruh kepimpinan kerajaan.

“Kami berempat telah menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada pejabat ketua menteri,” katanya pada sidang akhbar di Melaka, hari ini.

Turut serta dalam sidang media itu, Adung Pantai Kundur, Nor Azman Hassan, Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee dan Adun Telok Mas,Noor Effandi Ahmad.

“Kami dah hadir (sidang media) menunjukkan ketidakyakinan kepada kepimpinan kerajaan negeri hari ini.

“Kami pun letak jawatan (sebagai Exco) bermakna kerajaan sudah tak ada,” katanya lagi.