Kerajaan BN yang ada terlalu korup, kata Mukhriz

Padang Timur, Petaling Jaya penuh dengan peserta himpunan.

 

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan sedia ada terlalu korup sehingga kedaulatan negara terdedah pada ancaman.

“Soal geopolitik amat bahaya. Beri hak milik kekal ribuan ekar kepada warga asing.

“Mereka (Konglomerat China) membangunkan pangsapuri kepada warga mereka. Mereka ketepikan syarat pemilikan hartanah sedia ada,” ujarnya di himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi malam ini.

Sementara itu, ucapan bersemangat Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub menerima tepukan gemuruh peserta malam ini.

“Kerajaan yang mampu dan berguna memperjuangkan roh dan semangat rakyat adalah Pakatan Harapan.

“Inilah janji sumpah setia kita bahawa kita tidak mahu pemimpin yang ‘kelepet’ duit rakyat.

“Najib penghidap kleptokratmaniac. Najib perompak duit rakyat Malaysia,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat bertekad menumbangkan rejim Umno-BN.

Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin menggesa Pakatan Harapan supaya bersatu padu.

“Ini sangat penting sebab bersatu padu menunjukkan kerajaan menanti yang bersedia.

“Ada 3.8 juta pengundi yang belum mendaftar. Jangan boikot kempen pilihan raya,” tegasnya.

Katanya, jika 13 juta rakyat keluar mengundi maka PH akan dapat melakukan perubahan secara besar-besaran.

 

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS