Kerajaan ‘caretaker’ Sarawak perlu benar semua pihak kempen dengan aman

Kerajaan ‘caretaker’ Sarawak perlu benar semua pihak kempen dengan aman

Timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menempelak tindakan kerajaan negeri Sarawak yang dikatakan menyalahgunakan undang-undang kebenaran masuk ke negeri itu bagi menghalang pemimpin-pemimpin pembangkang berkempen sepanjang pilihan raya negeri yang sedang berlangsung sekarang.

Azmin yang tiba di lapangan terbang Kuching semalam diberi tempoh sehingga 2 Mei untuk berada di Sarawak oleh pihak Jabatan Imigresen, seperti dilaporkan Borneo Post.

“Saya terkejut diberitahu hanya boleh berada hingga 2 Mei, dikehendaki keluar dan tidak boleh masuk lagi hingga hari mengundi, katanya ketika ditemui semasa mengiringi calon PKR di Satok Semalam.

Menurut Azmin ,lebih mengejutkan bila pegawai Imigresen enggan menerima paspot diplomatik miliknya dan mendesak beliau menunjukkan kad pengenalan.

“Sarawak sebahagian dari Malaysia dan tidak harus rakyat Malaysia lain dilarang berkongsi masalah kuhususnya ketika menghadapi pilihan raya yang akan menentukan nasib masa depan rakyat” katanya.

Diminta mengulas arahan Ketua Menteri Sarawak Datu Seri Adenan Satem supaya pemimpin semenanjung perlu berkelakuan baik jika mahu dibenar masuk Sarawak, beliau berkata “hak demokrasi perlu dihormati”

Semalam, Naib pengerusi biro undang-undang (Kanun) Amanah Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, pihaknya mengalu-alukan kesediaan kerajaan negeri membenarkan dua pemimpin utama DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng masuk ke Sarawak minggu lalu namun menuntut kebenaran yang sama diberikan kepada pemimpin pembangkang lain.

Ini termasuk presiden Amanah Mohamad Sabu yang dihalang masuk ke Sarawak sejak 22 Mac lalu, presiden PKR Datuk Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang masih belum dibenarkan masuk.

“Kanun percaya dalam membawa perubahan kepada Sarawak, kerajaan negeri sewajarnya membuka seluas-luasnya ruang demokrasi kepada rakyat Sarawak untuk membuat pilihan dalam kempen PRN yang berlangsung sekarang,” katanya

TAGS