Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerajaan China berhasrat jemput ISTAC lawat Xinjiang, kataDuta
Bai Tian

Kerajaan China berhasrat jemput ISTAC lawat Xinjiang, kataDuta

BernamaJanuary 8, 2020 7:47 am




Kerajaan China berhasrat menjemput Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) melawat Beijing dan mengadakan lawatan lapangan ke Xinjiang pada  April atau Mei tahun ini agar mendapat maklumat mengenai perkembangan di wilayah itu secara langsung dan sahih, kata Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian.

Beliau berkata ini kerana hubungan Malaysia-China berkembang pesat dengan mantap sejak terjalinnya hubungan diplomatik, dan secara tidak langsung kefahaman dan keyakinan antara satu sama lain telah dipertingkat melalui dialog.

“Saya yakin bahawa kerajaan Malaysia akan tetap mengekalkan kedudukan yang objektif dan adil.

“Saya juga berharap isu Xinjiang akan menjadi isu positif bagi umat Islam kedua-dua negara untuk meningkatkan kefahaman antara satu sama lain, dan bukannya (tertumpu kepada) isu negatif,” katanya dalam temu bual dengan beberapa media tempatan, termasuk Bernama, pada Isnin di Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas laporan media berhubung kenyataan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah yang memaklumkan bahawa kerajaan telah melantik ISTAC untuk mengkaji dan mengesahkan laporan berita berhubung masyarakat Uighur di Xinjiang.

Bai berkata kerajaan China mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malaysia berkunjung ke Xinjiang untuk melihat sendiri keadaan di sana.

Menurutnya, agensi pelancongan di Malaysia telah berbincang dan bersetuju bahawa jika terdapat jumlah pelancong yang cukup, mereka akan melakukan penerbangan sewa khas dari Kuala Lumpur ke Urumqi, Xinjiang.

“Jika terdapat agensi pelancongan yang membawa rombongan melancong ke Xinjiang, kami akan menyediakan perkhidmatan yang lebih mudah supaya mereka boleh mendapatkan visa dengan lebih lancar dan pantas,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Bai memaklumkan bahawa majlis perasmian Tahun Pelancongan Kebudayaan Malaysia-China 2020 akan erlangsung di Istana Budaya pada 19 Jan dan Perdana Menteri China Li Keqiang dan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka merakamkan ucapan tahniah atas penganjuran majlis itu.

Bai berkata sambutan Tahun Baharu Cina akan diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Januari dengan  beberapa acara dijadualkan berlangsung termasuk persembahan lagu dan tarian oleh artis dari China dan Malaysia, perarakan kereta berhias, sebagai permulaan tahun pelancongan kebudayaan kedua-dua negara.

Sementara itu, Bai berkata Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia akan mengadakan Festival Filem dan Siri Drama Televisyen China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 14 Januari dengan mempromosi tujuh filem, 11 siri drama televisyen dan 15 dokumentari.

“Satu daripada siri drama televisyen itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan akan disiarkan di RTM,” katanya.

Bai juga berkata nilai dagangan dua hala antara Malaysia dan China mencecah US$111.5 bilion pada 11 bulan pertama tahun lepas manakala jumlah pelancong China yang melawat Malaysia adalah melebihi tiga juta orang.

“Bagi jumlah pelancong China tahun ini, pihak kerajaan republik itu sukar untuk menentukan satu angka, tetapi saya dimaklumkan bahawa industri pelancongan di kedua-dua negara sudah berbincang mengenai matlamat empat juta orang,” katanya.– BERNAMA

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production