Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerajaan digesa iktiraf Akta Pekerjaan Domestik

Kerajaan digesa iktiraf Akta Pekerjaan Domestik

SITI NUR ZAWANI MICON FOTO SYAFIJuly 3, 2019 3:00 pm




Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS), menggesa kerajaan untuk segera mengiktiraf undang-undang pekerja domestik bagi melindungi hak pekerja luar yang bekerja dalam negara.

Penasihatnya, Irene Xavier berkata, selama bertahun-tahun, kerja rumahtangga (domestic work) telah dikecualikan dari banyak klausa di bawah Akta Pekerjaan yang mengakibatkan pencabulan hak-hak pekerja rumah tangga.

Katanya, ia menyebabkan hampir 100,000 pekerja rumah tangga iaitu pekerja tempatan dan asing mengalami suasana kerja yang teruk yang pernah dilihat di Malaysia.

“Kami meminta agar kerajaan Malaysia segera meluluskan dan mengiktiraf undang-undang penuh terhadap pekerjaan rumah tangga di bawah semua undang-undang berkaitan buruh di Malaysia.

“Kami yakin bahawa akta persendirian untuk melindungi hak pekerja domestik adalah penting oleh kerana pekerjaan tersebut yang selalunya mengalami kes penderaan tertinggi.

“Kami juga mengambil peluang untuk memberi penekanan kepada keperluan keinginan politik yang kuat untuk memastikan semua undang-undang dan peraturan buruh dikuatkuasakan dengan ketat tanpa rasa takut atau memihak kepada mereka,”katanya.

Tambahnya, gagal berbuat demikian hanya menunjukkan pemerintahan yang lemah oleh kerajaan Pakatan Harapan yang telah menjanjikan reformasi buruh yang banyak sejak mula mentadbir.

Beliau juga yang merupakan gabungan Ke arah 189 menggesa, supaya kerajaan meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang telah lama dilaksanakan oleh 21 negara termasuk Filipina.

Manakala katanya, 20 negara termasuk Singapura telah mengguna pakai undang-undang atau dasar mengenai Pekerja Rumah Tangga.

“Pengecualian klausa hanya menyebabkan pekerja domestik di Malaysia dianggap sebagai perhambaan zaman moden yang mesti diperbaiki dengan segera,”katanya.

Turut hadir dalam sidang media diadakan beberapa NGO yang terdiri daripada Ammpo Sentro, Serantau, Pekerja Domestik Tempatan, PSWS dan IDWF.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production