Kerajaan BN digesa lunaskan janji kepada  52,353 mangsa banjir P. Pinang

Kerajaan BN digesa lunaskan janji kepada 52,353 mangsa banjir P. Pinang

Kegagalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menyalurkan bantuan yang dijanjikan kepada 52,353 kepada mangsa banjir di Pulau Pinang sebanyak RM500 membuktikan rakyat di negeri itu dipinggirkan.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong (gambar kiri) berkata, kerajaan pusat boleh membelanjakan wang yang banyak bagi tujuan menjalankan kerja propaganda agar rakyat menolak kerajaan pimpinan DAP di negeri itu, tetapi gagal melunaskan janjiyang pernah dibuat  kepada mangsa banjir.

Katanya,di bawah kepimpinan DAP telah menyalurkan bantuan sejumlah RM36,647,100 kepada mangsa banjir iaitu bantuansebanyak RM700 setiap keluarga yang diberikan sebulan selepas bencana banjir buruk pada November 2017 lalu.

“Kerajaan pusat boleh membiayai video berita palsu, iklan dan poster propaganda di akhbar untuk jatuhkan kerajaan negeriPulau Pinang.

“Mangsa banjir yang direkodkan sebanyak 52,353 keluarga tetapi kerajaan pusat hanya menyerahkan bantuan kepada 21,869 keluarga sebanyak RM250 sekeluarga.

“Jumlah itu adalah separuh daripada apa yang dijanjikan kerajaan pusat dan separuh daripada apa yang diberikan kepada mangsa banjir di 10 negeri lain di bawah kepimpinan kerajaan BN iaitu RM500 sekeluarga,

“Jadi kita menggesa kerajan pusat berlaku adil dan melunaskan janji yang dibuat kepada mangsa banjir di Pulau Pinang ,”ujarnya dalam sidang media yang diadakan di bangunan Parlimen hari ini.

Pada 19 Mac lalu dalam soalan di Parlimen beliau telah bertanya mengenai dana bantuan banjir seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Shahidan Kassim ketika memberi jawaban mengatakan hanya RM5,467,250  digagihkan kepada 21,869 keluarga di Pulau Pinang.

Bagaimanapun Steven Sim kesal kerana desakannya untuk kerajaan melunaskan janji tersebut dijawab oleh Shahidan kerajaan pusat tidak mempunyai dana mencukupi untuk berbuat demikian.

“Kita tidak meminta kerajaan pusat untuk menandingi jumlah yang disumbangkan kerajaan negeri Pulau Pinang, cukup sekadar menyamai jumlah yang diberikan kepada mangsa banjir di negeri lain seperti yang dijanjikan oleh perdana menteri.

“Rakyat Pulau Pinang juga adalah pembayar cukai mengapa peru dianaktirikan bukan seperti Jho Low yang tidak bayar cukai di Malaysia,” katanya.

Dalam sidang media sama Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari (gambar kanan) pula berkata, walaupun kerajaan negeri tidak mengutip Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dapat membelanjakanRM36,647,100 kepada  52,353 keluarga mampu menyalurkan bantuan kepada semua mangsa banjir.

Berbeza dengan kerajaan ujarnya, yang mengutip RM42bilion setahun daripada hasil GST tidak mampu mengotakan janji untuk memberi bantuan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir di negeri itu.

 

 

 

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS