Kerajaan digesa jelaskan pembayaran RM45 juta, 17 kontraktor dilantik

Kerajaan digesa jelaskan pembayaran RM45 juta, 17 kontraktor dilantik

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu digesa menjawab beberapa isu membabitkan pembangunan sekitar Taman Ilmu di Besut yang dilihat masih lagi menimbulkan persoalan yang mengelirukan rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menjelaskan dengan perasmian bangunan Hostel untuk Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dakwanya, hanya  untuk  dijadikan ‘modal’ bagi mengadapi pilihan raya umum akan datang.

Ini berikutan kenyataan sebelum ini projek pembangunan sekitar Taman Ilmu itu dijadualkan akan mula beroperasi pada September 2017 masih tidak menjadi kenyataan telah menggelirukan kerana ujarnya lagi,  sebahagian besar masih tidak beroperasi.

“Banyak persoalan telah lama timbul tentang projek ini yang masih belum terjawab.

“Pertamanya bagaimana begitu banyak kerosakkan boleh berlaku kepada bangunan-bangunan yang belum pun digunakan lagi?

“Keduanya bagaimana kecurian barangan secara meluas yang di kawal oleh pihak ‘Security’ boleh berlaku? Ini adalah ulangan apa yang berlaku kepada Stadium Bolasepak di Gong Badak,” katanya.

Raja Bahrin yang juga Pengerusi Amanah Negeri Terengganu turut mendakwa, menerima satu dokumen dari sumber yang tidak disebutkan, sebagai satu “Perintah Persetujuan” Mahkamah Tinggi Terengganu yang bertarikh pada 1 Disember 2016 diantara kerajaan negeri Terengganu dan Pentadbir Tanah Besut (Defendan) dengan pihak “Posc TI Sdn Bhd” (Plaintif).

“Kerajaan bersetuju membayar RM45juta kepada Posc Ti Sdn Bhd telah di buat, berkaitan projek Taman Ilmu.

“Saya ada beberapa pengesahan dan persoalan untuk diajukan kepada pihak Kerajaan.

“Kalau Kerajaan tidak mengakui tanggungan atau liabiliti dari tuntutan plaintif tersebut, mengapa bayaran RM45 juta telah dipersetujui untuk dibuat dan telah pun dibuat?

“Ini adalah satu persoalan besar pembaziran wang rakyat yang kerajaan perlu jawan segera.

“Apakah skop kerja yang terlibat kerana Taman Ilmu masih belum dapat beroperasi sepenuhnya?”. terangnya.

Jelas Raja Bahrin lagi, mengikut persetujuan tersebut kerajaan bersetuju mengeluarkan surat niat ‘Letter of Intent (LOI) kepada 17 kontraktor.

“Siapakah kontraktor-kontraktor tersebut?Apakah skop kerja mereka? Adakah mereka kontraktor anak tempatan?,” soalnya lagi.

Letter LOI Taman Ilmu

Justeru tegas Raja Bahrin lagi, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan sekiranya kerajaan gagal memberikan jawapan terperinci mengenai persoalan yang dibangkitkan itu.

“Kami beri temph tujuh hari untuk kerajaan memberikan jawapan terperinci soalan-soalan tersebut. Kegagalan pihak kerajaan berbuat demikian akan disusuli oleh tindakan berikutnya oleh pihak kami,” ujarnya.

Semalam media melaporkan, kerajaan negeri membenarkan UniSZA mengguna pakai kemudahan dua blok di Taman Ilmu tanpa sewaan selama 10 tahun dengan kesediaan institusi itu menampung kos baik pulih yang difahamkan kemungkinan mencecah RM20juta.

Buat permulaan dilaporkan satu blok asrama akan dibuka bagi menempatkan 250 pelajar lelaki pada Ahad ini kerana peruntukan awal sebanyak RM10juta diterima daripada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk membaik puluh dan menyediakan kelengkapan di kedua-dua blok bangunan tidak mencukupi.

Taman Ilmu yang dibina pada 2004 itu dengan kos lebih RM300juta di kawasan seluas 280 hektar terbiar sekian lama dan banyak kelengkapan rosak atau dicuri.

Ekoran kos baik pulih begitu tinggi kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ahmad Razif memutuskan untuk tidak lagi mengeluarkan peruntukan dengan mengambil pendekatan urusan itu ditanggungj oleh institusi yang berminat dengan pengecualian sewa dalam tempoh tertentu.

Unisza taman ilmu 1

{loadposition myposition}

CATEGORIES
TAGS