Malaysia Dateline

Kerajaan hormati kebebasan media

Kerajaan Persekutuan yang baharu di bawah Pakatan Harapan (PH)tidak menghalang media di negara ini dalam berkarya dan menyampaikan bahan berita mereka.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)Chong Chieng Jen berkata,kerajaan sentiasa menghormati dan tidak menghalang kebebesan media dalam melaporkan sesuatu berita yang hendak disampaikan itu.

Katanya,kebebasan media selepas kerajaan diambil alih oleh PH telah menujukkan ketelusan dalam menyampai dan melaporkan sesuatu berita.

“Jelas sekali kita menerima apa jua laporan yang disampaikan itu,”ujar beliau pada Majlis Apresiasi Kepenggunaan Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP)Bersama Media di Kuching malam tadi.

“Di samping itu,kita juga wajar menghargai sebarang laporan berita yang disampaikan oleh media bagi mendukung kebebasan media dalam menyampaikan berita,”jelasnya lagi.

Majlis yang disertai 150 pengamal media ini dihadiri Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Pending Violet Yong Wui Wui dan Adun Padungan Wong King Wei.

Turut hadir ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Sarawak Dr Dusit Jaul, Pengarah KPDNHEP Sarawak Dato’ Stanley Tan dan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak Abang Sardon Abang Hashim.
Attachments area