Kerajaan isytihar 9 Mei cuti kelepasan am tambahan

Kerajaan isytihar 9 Mei cuti kelepasan am tambahan

Kerajaan mengisytiharkan hari mengundi 9 Mei depan sebagai hari kelepasan am tambahan seluruh negara, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

“Menurut pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa pilihan raya umum ke-14 akan diadakan pada 9 Mei 2018, kerajaan menetapkan hari itu sebagai cuti umum tambahan untuk seluruh negara.

“Ini adalah untuk membolehkan rakyat Malaysia memenuhi tugas mereka sebagai pengundi,” kata PMO dalam satu kenyataan.

Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Keputusan itu dibuat setelah orang ramai menyuarakan kesukaran untuk menunaikan tanggungjawab memandangkan hari mengundi jatuh pada hari bekerja.

Terdapat juga petisyen atas talian bagi memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya memperkenankan permohonan itu.

Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan – Selangor dan Pulau Pinang – juga sedang meneliti kemungkinan memberikan cuti peristiwa pada hari itu.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS