Kerajaan jadi pro pemaju, Melayu Kampung Bharu merana

Oleh BORHAN AHMAD

1. Orang Melayu terus diberi harapan palsu oleh Kerajaan yang bertopengkan imej Melayu Islam yang kembali memerintah hari ini.

2. Sejak merdeka dahulu lagi, slogam ketuanan Melayu dilaungkan kononnya menjanjikan hak serta keistimewaan Melayu akan terjamin.

3. Kini lebih 60 tahun selepas mendominasi pemerintahan negara, golongan juara ketuanan Melayu dan kini jaguh Melayu Islam terus memperdayakan orang Melayu dengan tanah milik Melayu hari ini tinggal hanya kurang dari 13% dan bukan lagi 50% seperti sepatutnya.

4. Sasaran penguasaan ekonomi negara sebanyak 30 peratus oleh orang melayu meleset jauh dari yang sepatutnya selepas puluhan tahun dasar ekonomi Melayu di laksanakan. Sebahagian besar pegangan penguasaan ekonomi ditangan Melayu dimiliki oleh beberapa orang Melayu kayangan elit terpilih oleh pihak berkuasa sahaja.

5. Selepas golongan ini hilang kuasa pada PRU14 namun kembali selepas 22 bulan melalui jalan pintu belakang, perangai dan budaya korup masih tidak berubah dan tiada insaf.

6. Ini semua adalah kerana nilai budaya serta sikap “MALU APA BOSSKU ” yang di amalkan oleh Najib Razak dan dikongsi secara meluas oleh golongan elit Barisan Nasional – serta rakan Perikatan dan Muafakat Nasional yang bermaharajalela selama lebih 60 tahun.

Wang dan kekayaan lumayan Negara ini boleh di perolehi dengan apa cara oleh mereka atas alasan “ketuanan Melayu” sementara rakyat di campak sisa sisa yang tak seberapa untuk mendiamkan suara mereka.

7. Pekikan untuk pepentingan Melayu adalah alasan semata mata. Realiti sebenarnya adalah untuk kepentingan tembolok golongan elit BN-UMNO PUTRA, dan hari ini PERIKATAN serta MUAFAKAT NASIONAL PUTRA bersama Pas dan Bersatu juga.

8. Nama demi rakyat dimanipulasi serta ekploitasi untuk kepentingan golongan elit pemerontau. Terbaru adalah isu pembangunan Tanah Kampung Baru di Kuala Lumpur .

9. Semasa Pakatan Harapan memerintah untuk menguatkan kepentingan kedudukan rundingan tuan tanah Kampung Baru, kerajaan PH telah mencadang kerajaan membeli tanah tersebut supaya kepentingan orang Kampung Baru lebih kuat dan terpelihara apabila berunding dengan pemaju projek untuk pemilik tanah.

10. PH telah mencadangkan harga tanah sebanyak RM1,000 satu kaki persegi kerana tanah tersebut kategori MAS- Malay agriculture settlement, yang tidak boleh di jual kepada bangsa lain.

11. Bekas Presiden Umno, Najib Razak dan pemimpin pemimpin Umno telah bertindak mengelirukan serta menghasut pemilik tanah dengan menyatakan nilai tanah Kampong Baru setinggi RM3,000 ! Sebenarnya nilai RM3,000 adalah nilai tanah Kampung Sungai Baru yang dekat bersebelahan KLCC yang boleh di miliki bangsa lain dan bukan tanah Kampong Baru.

12. Sebaik sahaja memerintah, kerajaan hari ini mengambil cara paksa dibawah akta pengambilan tanah 1960 dengan nilai hanya RM400 satu kaki persegi, bukan rm 1,000 atau jauh sekali rm 3,000 !

13. Ada penduduk asal yang mengadu akan dapat hanya rm 200,000 yang tidak mencukupi untuk membeli rumah mampu milik pun yang berharga paling murah rm 300,000 !

14. Kawasan cerok hulu negeri mana kah orang Melayu ini akan dapat mencari tempat tinggal bernilai rm 200,000 ?

15. Di antara matlamat kerajaan PH dahulu adalah mengelak untuk tidak memingirkan penduduk asal Kampung Baru sehingga terusir jauh dari tempat asal di bandar.

16. Dengan harga pengambilan tanah hanya rm 200,000 bagaimanakah orang Kampung Baru asal dapat tinggal di Kuala Lumpur ?

17. Makin jelas selama ini laungan HIDUP MELAYU bukan untuk Melayu biasa seperti penduduk Kampong Baru, tetapi untuk MELAYU ELIT TERTENTU sahaja.

18. Beli tanah dengan harga murah dari penduduk kampong baru dan jual pembangunan dengan harga mahal oleh kuncu pemaju elit kerajaan adalah seperti lintah menghisap darah.

19. Itulah strategi ultra kapitalis mereka selama ini.

20. Melalui pengalaman saya dalam sektor swasta dan juga semasa di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, harga tanah yang murah menjamin keuntungan amat tinggi mana mana pembangunan. Harga tanah hanya RM 400 kps akan mengaut durian runtuh untuk pemaju dan kerugiaan serta masalah derita cari tempat tinggal ganti bagi pemilik asal tanah.

21. Kerajaan hari ini mengambil cara paksa dengan harga murah tanah bagi membolehkan keuntungan amat lumayan kroni pembangunan tanah dipusat bandar Kuala Lumpur.

22. Merampas dari yang susah dengan harga murah untuk diberi pada pemaju yang kaya raya untuk menjadi lagi lebih kaya.

23. Akan hilanglah Melayu tempatan dari tapak asal Kampung Baru tersingkir jauh ke pinggiran dan akan lenyaplah warisan senibina rumah Melayu, tradisi bubur lambuk ramadan serta tradisi asli kejiranan Melayu asal Kampung Baru.

24. Akan tiada lagi jalinan sosial komuniti tempatan dan akan lenyaplah roh Kampung Baru yang dahulu menjadi tumpuan dan kebangaan Melayu Kuala Lumpur dan negara.

25. Inilah “hadiah” pencapaian kerajaan Melayu Islam ini kepada orang Melayu Islam kampong baru selepas 21 bulan menjadi kerajaan

26. Pada Januari 1900 DYMM Sultan Alauddin Shah telah mengikhtiraf penempatan orang Melayu di pusat Kuala Lumpur yang di kenali sebagai MAS- Malay Agriculture System, bagi tujuan utama mengekalkan penempatan orang Melayu di pusat tengah tengah Kuala Lumpur.

27. Tujuan asal serta semangat diwujudkan MAS dengan 7 kampung tradisi Melayu ini perlu dihormati roh asal ianya diwujudkan.

28. Amat malang cara kerajaan hari ini menangani isu pembangunan Kampong Baru melemahkan kuasa rundingan penduduk asal secara individu yang terpaksa berdepan dengan pemaju jutawan yang berpengaruh dan kaya secara bersendirian.

29. Ini jelas melemahkan kedudukan individu dan memberi kelebihan rundingan kepada pemaju korporat yang besar.

30. Ini jelas bukan cara membantu orang Melayu Kampung Baru tetapi satu exploitasi memberi tekanan tidak adil keatas mereka.

31. Tindak tanduk kerajaan hari ini jelas pro pemaju dan mengabaikan penduduk Kampung Baru yang tidak diutamakan kerajaan yang dilihat hanya pro koporat dan sangat bernafsu kapitalis.

32. Kalau dalam masa 60 tahun tanah Melayu di luar bandar tinggal hanya kurang dari 15 %, tidak hairanlah kalau tanah strategik bernilai tinggi di Kampung Baru akan menjadi mangsa kerakusan kerajaan yang berpihak kepada pemaju jutawaan.

33. Ungkapan Hidup Melayu selama ini rupa rupanya hanyalah untuk Melayu jutawan terpilih elit.

34. Mereka sahaja boleh makan besar. Melayu yang lain hanya diberi cebisan sisa sisa selama ini.

35. Untuk Melayu biasa Kampong Baru, pandai pandai lah cari bumbung di atas kepala dengan ‘hadiah’ RM200,000 hasil nilai tanah RM400 satu kaki persegi.

36. Nampaknya kerajaan hari ini memandang Melayu asal Kampung Baru hanya layak berpindah ke kawasan bergelar ‘kampung’ jugak di pinggir bandar atau di rezab hutan belantara kawasan pendalaman.

37. Kampung Baru di tengah tengah Kuala Lumpur hanya layak di diami Melayu elit korporat yang berdamping dengan Yang Berhormat yang berhormat yang berkuasa hari ini.

38. “Hidup Melayu” selama ini rupa rupanya hanya untuk golongan Melayu terpilih yang elit.

39. Untuk Melayu Kampung Baru yang lain itu, pandai pandailah cari rumah sendiri dengan “hadiah” RM200,000 melalui seksyen 8 akta pengambilan tanah 1960 secara paksa oleh Kerajaan.

—————————

Penulis adalah Pengerusi AMANAH Terengganu.