Malaysia Dateline

Kerajaan jangka kos pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, Sarawak jimat RM1.2 bilion

Kerajaan menjangkakan penjimatan kepada kos pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak berjumlah RM1.2 bilion, apabila Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dan Sarawak mengambil alih sepenuhnya pelaksanaan projek itu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, selaras dengan usaha kerajaan mengoptimumkan kos projek-projek yang memberi implikasi tinggi kepada negara, kerajaan telah bersetuju dengan penamatan Rakan Pelaksana Projek (Projek Delivery Partner – PDP) dan notis penamatan dikeluarkan pada 20 September bulan lalu.

“Berikutan itu, projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak akan dilaksanakan oleh KKR dan Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak akan mengguna pakai kepakaran teknikal sedia ada secara konvensional.

“Berhubung jumlah pembayaran yang telah dibayar oleh kerajaan kepada Syarikat Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd, sebanyak RM3.9 bilion telah disalurkan bagi tujuan pembayaran tuntutan kemajuan kerja oleh Kontraktor Pakej Kerja (Work Package Contractor – WPC).

“Seperti yang sedia maklum, Syarikat Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd telah dilantik sebagai Rakan Pelaksana Projek (Project Delivery Partner – PDP) untuk melaksana projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak berdasarkan Key Performance Indicator iaitu tempoh masa, kos dan kualiti yang ditetapkan,” katanya.

Anuar yang juga merupakan Setiausaha Agung AMANAH berkata demikian dalam Dewan Rakyat hari ini, ketika menjawab soalan daripada Wong Ling Biu.

Ling Biu (PH-Sarikei) meminta Menteri Kerja Raya, Baru Bian (PH-Selangau) menyatakan apakah peranan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd dalam pembinaan Lebuh Raya Utara dan berapa banyak jumlah yang sudah dibayar oleh kerajaan kepada syarikat ini setakat ini, dan berapa banyak lagi baki yang perlu dibayar sehingga projek ini