Kerajaan janji Pas boleh bawa RUU355 dalam sidang kali ini, kata Hadi

Kerajaan janji Pas boleh bawa RUU355 dalam sidang kali ini, kata Hadi

Walaupun kerajaan tidak akan membentangkannya, Pas berkata, mereka telah mendapat kebenaran pihak kerajaan bagi membawa pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 ke persidangan Parlimen kali ini.

Walaupun kerajaan tidak akan membentangkannya, Pas berkata, mereka telah mendapat kebenaran pihak kerajaan bagi membawa pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 ke persidangan Parlimen kali ini.

Namun, Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masa itu akan ditentukan oleh pihak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengikut ‘standing order’ Parlimen.

“Saya akan bawa sendiri di parlimen dan kita sudah mendapat persetujuan untuk bawa dalam sidang (kali) ini juga…akan dibahaskan Insya Allah. Speaker akan tentukan mengikut Standing Order Parlimen selepas urusan kerajaan. Bagaimanapun, kerajaan boleh beri masa pada bila-bila masa sahaja,” katanya dalam sidang media itu.

Sementara itu, ahli parlimen Pas dari Bachok, Ahmad Marzuk Shaary dalam satu posting di facebooknya berkata, RUU355 akan dibentangkan Rabu depan.

“RUU355 insya Allah Rabu depan,” katanya dalam satu posting semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan, kerajaan tidak akan membentangkan RUU Akta 355 itu.

Keputusan itu dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional kelmarin.

Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kerajaan akan membentangkan sendiri RUU itu walaupun sebelum ini Abdul Hadi sudah dua kali membacakannya di Dewan Rakyat.

Menurut Abdul Hadi, pengumuman Najib itu tidak memberikan kesan apa-apa terhadap usaha untuk membentangkan RUU355 ini.

“Tak ada kesan, sebenarnya pihak kerajaan setuju kita bawa ‘private bill’ itu. Ini (RUU 355) kaitan tentang hak orang Islam, kewajiban bersama bagi orang Islam dan tak ada sebab bagi orang bukan Islam untuk campur tangan,” jelasnya dipetik Buletin Online.

TAGS