Kerajaan ‘jimat’ RM240 juta setahun batalkan 744 biasiswa pelajar luar negara

Kerajaan ‘jimat’ RM240 juta setahun batalkan 744 biasiswa pelajar luar negara

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sebanyak RM240 juta dianggarkan dapat dijimatkan setahun apabila kerajaan membatalkan 744 biasiswa kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata sehingga kini jumlah pelajar yang belajar di luar negara di bawah tanggungan kerajaan adalah seramai 7,736 orang.

“Purata kos perbelanjaan kerajaan untuk seorang pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk setiap tahun adalah berbeza mengikut negara dan bidang pengajian yang diikuti oleh pelajar,” katanya menjawab pertanyaan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Teresa bertanyakan anggaran jumlah kos yang dijimatkan apabila kerajaan membatalkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan jumlah pelajar serta kos terlibat.

Azalina berkata anggaran kos penajaan bagi seorang pelajar dalam negara adalah antara RM10,350 hingga RM12,690 setahun manakala bagi tajaan pelajar ke luar negara pula antara RM38,115 hingga RM277,515 setahun.

TAGS